Thursday 29 December 2011

2011 ...selamat tinggal!!

Selamat petang dan nk malam...tetiba teringat blog yang penuh habuk ni. Sampai tuan punya diri sakit batuk dan selsema. Mengapa leklina rindukan blog ni tetiba mungkin ada yg tersurat dan tersirat kot heeeee..

Tinggal beberapa hari jer tahun 2011 akan melabuhkan tirainya..dan akan muncul 2012 yang tidak tahu akan coratcoret kehidupan kita. Harap2 sinar 2012 membawa sinaran kebahagian dunia akhirat pd leklina sekeluarga...mengharap dn harapan setinggi gunung Himalaya...(beranganlah kejap)

2011 ingin leklina lipatkan kenangan sedih ..suka..duka itu di susun rapi dlm lipatan hati..moga banyak memberi pengajaran dlm kehidupan. Sempurnakah leklina pd pdngn mata Allah.. Masih memohon semoga apa yg d lakukan d rahmati olihNya..bnyk melakukan kekhilafan diri.

Hendak menjadi yg terbaik tidaklah semudah yg disangkakan...perbetulkan pertuturan akhlak budi bahasa amatlah sukar sekali. Mudah untuk melafaskan tapi untuk melakukannya..eeemmmm!! Tapi sebagai hamba Allah leklina tidak akan berputus asa untuk menjadi lebih baik dari sekarang..ingin menjadi lebih positive daripada sebelumnya..( mungkin faktor usia )

2012 ...insyaAllah akan d tempuhi dengan rasa kesyukuran moga menjadi yang terbaik dunia akhirat. Biarlah masa yang menentukan segalanya...mengayuh perlahan menuju kearah yang betul..
Bimbinglah aku kearah yg engkau redhai...insyaAllah..


*selamat tinggal 2011 ....senyumlah 2012..

Thursday 13 October 2011

Mawar Putih berguguran..

Hatiku meronta utk menitip sesuatu d sini...perlukah aku meluahkannya..rasa sayu pada naluriku bahawa aku telah kehilangan seseorg yg ku syg di dlm ruang jiwa hatiku. Dari mula aku masuk di dalam keluarga ini aku di layan samarata...adatlah bila kdgkala terhiris dn terluka..tapi aku selalu memaafkan dan di maafkan..kita manusia biasa yg sentiasa melakukan kesalahan.

Masa berganti masa tahun berganti tahun....4 thn lepas DIA telah terlantar sakit menyebabkan tidak dpt bercakap dngnya...sedihhh. ...tapi apakan daya itu semua sudah suratan dan takdir. Berbicara dgn sentuhan dan belaian kdgkala melalui mata...bila gilaran aku dan suami mnjaganya..mmg ade sedikit@ kepayahannya..tapi aku redha...masih aku teingat lagi semasa giliran kami suami isteri mnjaga DIA di kg..suami tepaksa hantar nurse ke bagan datoh( mereka cuti seminggu sekali..) akulah menguruskannya...pada satu ketika DIA batuk berpanjangan menyebabkn tiada ruang waktu utk ku solat...lantas jam menunjukan hampir jam 6 ptg...lalu aku berbisik di telinga .." mak, ina nk solat jamak..ina belom solat lagi...mak rehat dn tido kejap ye" lantas matanya di buka luas..seolah2 memahami kata2 ku...selepas itu mak pun tido lena dan memudahkn aku melakukn solat...terima kasih mak.

Tahun 2010 aku dn suami menunaikn HAJI.. Suamiku berbisik di telinganya utk mmberitahu Pemergian kami..ada aliran airmatanya mengalir lesu..aku mengmbil kesempatan memohon maaf pdnya...rupa2nya DIA menggenggam erat tangan ku seolah2 DIA mendengar semua bisikanku...dan seolah2 DIA mengizinkn kami pergi. Sayu dan hiba sngt semasa meninggalkn tanahair kerana mengenangkn ank2 dan DIA yg terlantar sakit...aku redha pasrah dan tawakkal...

Syawal 2011 adalah syawal yg terakhir kami sekeluarga beraya dgn mak...1 oktober DIA telah menghembuskn nafas yg terakhir tanpa ank2 di sisinya..tak mengapalah itu semua ketentuaannya..redha dgn pemergiaannya. Selama aku hidup hnya 2 kali aku turut serta dlm pemandian jenazah..pertama dulu nenek kesayanganku..dan ke duakalinya ibu mertuaku..

Alhmdulillah jasa terakhirku memandikannya bersama kakak dan adik iparku. Alhamdulillah semuanya di pemudahkn.kami juga turut mengambil peluang solat jenazah berjemaah...sedangkn di Mekah aku mengambil peluang solat jenazah inikan pula keluarga sendiri...alhamdulillah...

DIA adalah IBUMERTUAKU yg sngt ku sayang...sedih hiba sayu mmglah di dlm benak jiwaku...tapi apakan daya..kematiaan itu tdk akan ditangguh walaupun sesaat. Aku tdk pernah menunjukkan kesedihanku di hdpan suamiku...aku nak dia kuat dan tabah menghadapi kehilangan org yg
tersayang... Biarlah aku menangis di sujud terakhir mndoakan utk emak mertuaku.

Kini aku telah tiada ibubapa dn ibu mertuaku..yg tinggal hanyalah bapa mertuaku...ku doakan bapak sehat dan kuat menghadapi segala dugaan hidup ini...buat ibu mertuaku damailah dikau di sana bersama ahli2syurga yg beriman...yaAllah lapangkn kuburnya sinarilah cahaya didlm kuburnya jauhilah dia dari azab kubur..tergolonglah dia dlm org yg solehah masukkanlah dlm syurgamu....al fatihah buat ibu mertuaku HAJJAH TUMINAH BTE HAJI ABDUL JALIL


*Kami sayang dn rindukn emak sampai bila2..

Wednesday 12 October 2011

Sayu..!!

Assalammualaikum...lama sungguh jari jemari tdk menaip sesuatu di sini. Mungkin terpanggil di sebabkan kesayuan hati ini membuah luahan rasa hati...entahlah apa yg ada di dalam benak hatiku...perasaan ku bercampur baur,bergolak melonjak rasa kesedihan menyesakkan ruang hati..ya Allah aku bermohon pdmu kuatkan semangat ku berserta kukuhkan imanku...hidup ku yg tdk tahu panjang dn pendeknya ....atau pun d jalur manakah nafaskukan berhenti..

Bersujud ku pdNya menitis mutiara jernih mengenangkqn diri yg tdk tahu akan penghujungnya..adakah insan yg sudi membelaku hingga ke akhir hayat. Ku mohon... Ya Allah kira ade insan yg sudi menjagaku " berilah dia kekuatan dan kesabaran yg tinggi juga punya keikhlasan di jiwanya"

Mungkin diriku bukan sebaik isteri2 nabi.. Yang penuh lemahlembut dn penyayang..tetapi aku manusia ygpenuh kekhilafan...tidak pandai memujuk rayu malah bukan sebaik2 manusia. Aku rindu pdMu ya Allah...

Sungguh kau menduga dgn pelbagai perkara..kadangkala mengganggu naluriku...terdetik rasa kekesalan d hati tapi aku kena redha setiap perjalanan hidupku yg tersurat dan tersirat ini. Aku bersyukur dlm keributan hatiku kau memberi sedikit ruang untuk melihat kekhilafan diri...hanya engkau yg mengatahui segala2Nya.

Ya Allah ampunkan dosa2ku .. Kau terimalah ibadahku,permudahkan segala urusanku dunia dan akhiratku ..lembutkan lidah ku dgn ayat2 sucimu..terangkanlah hatiku keranaMu..hidup dan mati hanya untukmu ya Allah..kuatkan Imanku...biarlah matiku dalam seorg islam yg beriman .

Jadilah aku seorg insan yg sentiasa d sayangi oleh org lain..hargailah aku semasa nyawa di kandung badan..insyaAllahh ampunkan dosa2ku.

*Mati itu pasti....sayangilah ketika nafas ku di kandung badan..*

Tuesday 2 August 2011

Kau Datang Lagi

Assalammualaikum...berbicara kembali setelah sekian lama menyepi..bukannya menghilangkan diri tapi mencari kelemahan diri. Apakah perlu menyalahkan org lain? Atau perlukah menyalahkan diri sendiri...entahlah... dan terus mencari.

Di bulan yang mulia ini...carilah keredhaannya...mungkin kita punya pengalaman yg pahit dan manis. Di bulan yg mulia ini mudah sungguh hati kita terusik....tanpa di sedari kekadang mengalirlah mutiara jernih di kelopak lesu...di benak hati penuh kesayuan malah dikotak minda penuh kenangan silam.

Perlukah kita merintih dan mengeluh perjalanan hidup...bangun dan bangkitlah kerana pengalaman hidup amat mahal harganya. Rintihlah padaNya kerana kita banyak melakukan kesilapan. Carilah harga diri..semahal manakah harga diri kita padaNya...kadangkala di ujinya kita...tapi sedarkah kita Allah menguji ketabahan dan kesabaran kita kerana kelalaian kita padaNya. Tapi kita tidak menyedarinya malah kita terus lalai dan lalai...alangkah ruginya kita d mataNya.

Anggaplah hidup kita bagaikan "Telur d Hujung Tanduk" semoga kita sentiasa mengingatiNya dgn rasa kesyukuran dan punya ketetapan iman yg jitu. Tapi bukannya mudah sekiranya kita terlalu memudahkan segala. Hidup kita perlulah berlandaskan Al Quran dn sunnah...barula seiring duniawi yg penuh onak dan durinya.

Mengungkap dengan kata2 memang mudah tapi utk melaksanakan tanggungjawab kita pdNya adalah sesuatu yg amat berat sekali. Tetapi sekiranya kita redha dan tawakal akan memudahkan segala keluhkesah kehidupan dn melenyapkan penderitaan

Ramadhan...dtg lagi mengisi ruang2 kosong dlm jiwaku dn dlm diri mereka..tapi segelintir insan saja yg merebut kedatangan Ramadhan. Syukur pdNya kerana masih memanjangkan usia ku uk meniti hari2 dibulan yg penuh kerahmatan dan keberkatan..janganlah Ramadhan ini menjadikan Ramadhan yg terakhir buatku...masih mencari dn mengutip pahala yg terlalu banyak yg kita tidak nampak.

Ramadhan kali ini menjadikan aku bertambah kerdil d sisiNya. Layakkah aku
kesyurgamu..tapi juga tidak mahu melangkah ke nerakamu....takutnya aku pd siksaan api nerakamu....Allah kau berilah aku kesempatan untuk bertaubat padamu...berilah aku kesempatan melihat,merasa,menikmati dan mengutip pahala yg aku sendiri tidak tahu..Ya Allah ampunkanlah dosa2ku ..dari sekecil2 hama dan sebesar2 dunia yg tiada penghujungnya. Kau tetapkan imanku biarlah matiku mati dlm pelukan keimananMu...kau lindungilah keluargaku dari fitnah dunia dan dajal...kau murahkan rezeki kami dgn limpahan kasihsayang...juga limpahan rezeki yang halal.Aminnnnnn...

*Ramadhan kali ini jgn di lepaskn begitu saja....

Wednesday 8 June 2011

semangat....

Assalammualaikum...
Lamanya tidak berbicara sendirian di pentas blog ini...terasa janggal pulak. Apa yg terfikir didlm kotak fikiran ini hanyalah kepenatan...tak taulah apa yang leklina buat hari ini...asyik mengukur jalan adalah..bahagia..( gediknya....)!!

Minggu lepas memang memenatkan...kerana cuti2 Malaysia...ini hanya utk meraikn ank2 yg bercuti, pd mereka yg ade kuliah maafkan kami...leklina tak tau mengapa leklina penat..mungkin kesihatan kurang memuaskan kot...nmpak sehatkan...PENAMBAHAN BERAT BADAN yg ketara...jogging dah lama leklina tinggalkn.... Gym pulak dah berhenti...( hehehe sbb2 tertentu..dusshh kena penumbuk sebijik..)Sekarang semangat luntur...entah mengapa!!!!jgn salahkan org lain tapi salahkan diri sendiri..WAKE UP lah leklina (ckp omputih pulak...issh bukan pndai bebeno..)

Nak baju baru kena kuruskan badan....waaaa alamatnya....kirimsalam laaaa.Leklina..... bnyk mulut ckp ko kan ..mcm2 bunyi...tak per itu semua irama Dan lagu...tapi bila di fikir2kan kesian kt encik husband..leklina udah ler berangan nk kurus...bersyukur jer...tapiiiiii!!!

Janji Allah berikn kesihatan yg baik utk leklina...walaupun kekadang tu nafas ade semput sikit...doakan leklina sht selalu....ok sessi luahan perasaan dah tamat, Sekarang ade sesuatu yg belum beres....bye ...

Saturday 14 May 2011

Sabtu yang indah keranaMu..

Assalammualaikum pada sapa2 yang sudi membaca tulisanku ini. Bersyukur kerana Allah memberikan kesihatan yg amat memuaskn kerana leklina masih bernyawa lagi..

Hari sabtu yang memenatkan...kenapa leklina berkata begitu...jam 9 pagi leklina telah berada d Masjid Al Husna untuk kelas Pengajian Tajwid dan berakhir se awal jam 10.30 pagi kerana Muslimat akan terus ke rumah sahabat kami kerana menghadiri untuk Majlis bacaan yassin dan doa selamat sempena permergian sahabat kami Fauziah bersama suami dan ibunya . Terima kasih menjemput kami..semoga perjalanan sahabatku Fauziah dan keluarganya d permudahkan. Berkongsi ilmu dn pengalaman d Tanah Suci bersama nya..membuatkan leklina terlambat sampai ke rumah.

Lebihkurang pukul 2ptg leklina sampai d rumah...selepas menunaikan kewajipan diri leklina merehatkan badan sebentar. Perasaan berbelah bagi kerana akan ke Masjid jam 3 petang...ya Allah kalau kau izinkan permudahkanlah.....leklina berniat di dalam hati sebelum terlelap bersama telekung..sememangnya niat yang suci telah d makbulkan olehNya, tepat jam 3.15 petang leklina tetiba terjaga..lantas bersiap2 ala kadar utk menghadiri kelas Tafsir Al quran....kelas baru dan pengisian yg baru...alhamdulillah kelas berjalan dgn lancar dan di permudahkan.

Tapi apa yg leklina amati pd kedua2 kelas pengajian ini, kita kenalah jujur pada diri,perlu menerima teguran..semoga hati2 umat Muhammad ini bersatu meningkatkan umah..bersatu utk kebenaran dan bersatu berpegang kepada tali ALLAH...di sini leklina telah dapat kesimpulan nya..ya Allah terima kasih kau menggerakan hatiku utk ke Majlis ilmu.

Bila balik ke rumah hanya ada 2 anak kembar dan yang bongsu manakala Nad masih d Melaka kerana Pementasan Serabainya..(katanya malam ni TYT Melaka akan menghadirkan diri di Dataran Sg Rambai)...sementara itu suamiku bersama anak2 bujang balik Perak utk menjaga ibu /embah yg sakit d kg(mengikut giliran) walaupun macam2 ada ttg ank bujangku itu tetapi mereka pergi juga kerana perasaan tanggungjawab. Terimakasih ye anak2ku Fayaddh Helmy dan Farris Helmy..(sementara belum masuk semesta lagi..)

Leklina rasa cukuplah nukilan perasaan kali ni..penat tau...rasanya mcm nak santai bersama anak daraku..apa2 pun yang kita lakukan semuanya telah di tentukan olehNya..kita sebagai hambanya menerima dan melakukan segalanya dgn sejujur jujurnya dan penuh kesyukuran...

*Hamba yang jahil memerlukan ilmu dan kesedaran..!!

Saturday 7 May 2011

Dalam Pahit ade Manis..

Assalammualaikum....musim cuti sekolah akan bermula lagi....masa yg terluang inilah akan di penuhi aturcara kekeluargaan malah termasuk di dalm agenda kalendar iaitu majlis perkahwina. Terkenang semasa anak2 masa kecil dan di sekolah rendah..kami akan pergi melancong di dalam negeri sahaja..kerana kemampuan yang terhad.

Kini ank2 telah meningkat remaja..kami masih belum mampu membawa anak2 ke tempat lebih jauh..tapi kami bersyukur kerana pepatah pernah berbicara MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI....walaupun kekadang ku teringin terbang di awan biru...

Tapi itu bukan matlamatnya..yang penting anak2 berjaya di dalam pelajaran kehidupan yg mendatang...masih jauh perjalanan anak2 ini..sempatkah AKU...ya Allah kau berilah kekuatan di dalam jiwa anak2 ku utk menempuh rintangan dan cabaran hidup. Ya Allah kau berilah aku ruang hidup yang lama dan limpahi kesihatan yg amat baik semoga dapat ku melihat anak2 ku berjaya  dalam kehidupan sehariannya dunia akhirat.

Dalam sanubariku aku amat takut dengan DUNIA yg di cipta ini...hati menangis, marah,malahan ketakutan memenuhi ruang jiwaku. Aku seorang ibu yang tidak sempurna malahan aku juga bukan sahabat yg indah sepanjang masa...aku insan kerdil yang hanya mampu merintih dan berdoa utk menjadi yang terbaik antara yang terbaik..MAMPUKAH aku..bukan mudah untuk memuaskan semua orang termasuk adikberadik,keluarga,teman2 rapat malah rakan yang hanya di kenali sebagai pendamping masa...tapi ,,,,,!!!!

Tapi aku tidak akan menyalahkan sesiapa sekiranya apa yg ku ingini tidak terlaksana kerana kita ini manusia yang hanya merancang tapi ketentuannya dari ALLAH yang maha esa..Terimakasih suamiku MOHD LOKMAN HAMIDI kerana sudi memperisterikan aku yang tak punya apa2..tapi kerana DIA aku bahagia bersamanya walaupun kekadang GELORA HEBAT melanda tapi sekiranya tak berkocak itu bukannya PERKAHWINAN.

Ya Allah ..aku mengharap semuga kecerahan langit tidak di selaputi mendung sepanjang masa. Jadilah aku seorg IBU,ISTERI, ADIK atau KAKAK yang boleh kau lihat dengan mata hati..bukannya melihat dengan mata kasar...kekadang tu terasa diri di PINGGIRkan tapi hakikatnya TIDAK..kerana MASIH ADA YANG SAYANG PADAKU..

* Masih Ada Yang Sayang..

Saturday 30 April 2011

Bukan kerana TERPAKSA!!!

Solat adalah TIANG AGAMA...solatlah kita kerana ALLAH dan solat itu bukan TERPAKSA. Bukan mudah mendidik anak2 atau sesiapa untuk bersolat kerana bagi mereka solat atau tidak bukannya orang lain nampak...tapi ALLAH yang nampak.

Setengah ibubapa mudah sangat menggerakkan anak2 mereka tetapi setengah anak2 LIATnya...malah ade yang tipu konon2 makbapak tak tahu. Leklina akan menggerakkan mereka dengan irama dan lagulah..hihihihi kekadang tu pagi2 riuh rendah...janji anak2ku solat kalau tak solat tanggunglah DOSA tu sendiri tetapi leklina akan pastikan mereka solat.

Untuk menjadi baik bukan mudah dan menjadi TERBAik lagilahhhh...tapi leklina tetap mendoakan pada anak2 semoga anak2 leklina dan mereka2 yang d luar sana tidaklah ambil mudah tentang solat. Solat juga merupakan amalan yang pertama akan di soalnya selepas kita mati. Bagaimanakah kita di alam sana sekiranya solat kita ala kadar aje atau tidak bersolat langsung....marilah kita fikirkan sama2 ye. Mati dan hidup kita di tentukan olehNya..bila2 masa kita akan di panggil menghadapNya.

Solatlah kita dengan sempurna bacaannya,sempurna dengan wuduknya...sempurna juga dengan tomatninahnya(maafkan leklina sekiranya tersalah eja). Belajarlah kita tentang solat yang khusyuk...kita sememangnya bukan sempurna tetapi menjadilah manusia yang baik di antara yang TERBAIK...insyAllah.

Sekira ada waktu terluang bersolat Jemaah kita bersama keluarga untuk menambah kasihsayang kita sekeluarga..dan tidak secara langsung dapat mendidik anak2 kita menjadi IMAM yang sesempurna mungkin...perlahan-lahan mengayoh untuk menuju ke matlamat. Leklina tetap mendoakan pada anak2 leklina dan anak2 yg di luar sana ..belajarlah sebaik mungkin tentang SOLAT..sekiranya masih ragu2 carilah ustaz  dan jangan malu untuk belajar. Jangan malu pada ilmu kerana kita akan rugi sekiranya kita sombong pada ilmu. 

*Solatlah anda sebelum anda di solatkan...

Tuesday 26 April 2011

Ingat pesan Ayah...

Assalammualaikum....lama menyepikan diri tetiba perasaan ingin menulis sesuatu....bukannya penting sangat pun tetapi ingin berkongsi sesuatu. Itupun sekiranya tidak menjadi keberatan.

Pagi tadi semasa hantar DIYANA ke sekolah AGAMA...tetiba tangan abang lok tertekan RADIO IKIM..pada masa tu ade slot MOTIVASI...bila mendengar dengan teliti memang terasa amat terpanggil untuk menulis di blog leklina.

Diantara isikandungannya antara ayah ibu dan anak.....

Ayah:  Ayah berpesan pada anaknya..sekirannya Ayah meninggal dunia anak2 ayah perlu ingat dalam perniagaan..yang pertama, anak ayah tidak boleh memungut hutang pada orang lain dan yang ke dua tidak boleh kena cahaya matahari semasa pergi dn balik dari kerja. Dua org adik beradik ini memang patuh dengan wasiat dan pesanan ayahnya...

Ibu;  Setelah sekian lamanya si ayah meninggal dunia..si ibu melihat perkembangan perniagaan anak2nya. si Abang telah berjaya mengembangkan perniagaannya tapi sebaliknya si adik perniagaannya semakin merosot. lalu si ibu menanyakan kpd si adik..."Mengapa perniagaanmu semakin merosot?" Si adik pun menjawab.."Dia mengikut segala wasiat dan pesanan ayahnya". Ayah pesan..jangan mengutip atau memungut hutang pada orang lain...jadi dia biarkan saja orang berhutang dan tidak memungutnya kembali...lepas tu ayah pesan jangan terkena cahaya matahari semasa pergi dan balik kerja...si Adik pun memberitahu ibunya dia terpaksa naik beca atau naik teksi untuk ke tempat kerja kerana takut terkena pancaran matahari..begitu jugak semasa balik........ini semua memerlukan wang yang banyak.

Siibu menanyakan kepada si Abang pula..."Mengapa perniagaanmu semakin maju dan berkembang..." Si Abang pun memberitahu pada ibunya yang dia mengikut segala wasiat dan pesanan ayahnya seperti adik tadi...tapi dalam perniagaannya si Abang tidak membenarkan HUTANG dan perlu membayar secara TUNAI kerana ayah pesan jgn mengutip atau memungut hutang....manakala si Abang pergi ke tempat kerja se awal pagi sebelum matahari naik dan membuka perniagaan seawal pagi ..manakala si Abang akan balik ke rumah selepas matahari terbenam. Ini bermakna si Abang tidak kena pancaran matahari semasa pergi dan balik kerja..

Apa yang leklina faham kita kena bersungguhsungguh dengan kerja kita..dan kita perlu bijak dalam urusan perniagaan termasuk berurusan dengan orang..Jadilah kita sebagai manusia yang berAKAL dan BIJAK..dalam segala hal...

*Gunalah AKAL sebaik mungkin..

Saturday 16 April 2011

Rumahku syurgaku....

Assalammualaikum .... waahhh dah lama leklina tak menulis sesuatu di sini. Bukannya malas tapi idea menulis tak ade..BUNTU seketika..Dah lama sabtu dan ahad leklina dan leklok tdk mempunyai rehat yg cukup..ade jer agendanya...yg nampak atau tersembunyi...

Alhamdulillah 2 hari ni kami bermalas-malasan sungguh..apakan daya TERPAKSA sbb tiap2 minggu kami berdua penat sngt..ambil kesempatan tidur dn mengemas apa yg patut saja...yang selebihnya bergolek bagaikan ikan dugong..hahaha (masak pun tak..)

Dalam menulis ni pun bergaduh dgn si NANA sebab berebut ASTRO..akhirnya mama tetap kalah..(asyik2 Maharajalawak..boring jugak). Rutinlah ptg ni kami nak hantar si kembar balik asrama...

Kadang2 rasa bersalah jugak pd ank2 sbb tdk menjadi ibu yang TERBAIK....jadilah ibu yg suam2 hahahah apa2 tu..entahlah leklinA....LEKLINA nk rehatlah...mmg tak idea nih...salam utk seceria hari ini...nnt leklina menulis dgn idea2 yg berilmiah...






" Rehatkan badan minda itu terapiku...!!



Monday 11 April 2011

Ujian Allah...Sapalah yang tahu...!!

Teman..perlukah leklina berbicara di sini. Memang kepayahan rasa utk berkongsi tapi leklina ingin luahkan rasa kesayuan hati. Bukan mudah untuk mengatakan SABAR..tapi teman kau perlu meningkatkan kesabaran itu.

Leklina hanya pendengar setia ..tapi diriku takkan mampu sekuat hatimu.Allah mengujimu mu sedemikian rupa tapi bait2 kesyukuran yg kau luahkan. TEMAN...dimana kekuatanmu itu. Maafkan leklina berbicara tentangmu di blog leklina tapi akan ku simpan rapi apa yg engkau rahsia...kuatkan AKU...memang leklina boleh ketawa,bergurau tapi leklina tetap menangis bila mengenangkan mu..ku doakn moga2 Allah menidakkan kata2 seseorg yg membuatkan jiwamu berkocak.

Teman...dalam kerianganmu leklina terdengar suara getarmu yang cuba kau tahan...tapi luahkanlah dan jangan di pendamkan itu adalah yg terbaik buatmu. JANGAN BERSEDIH wahai TEMAN. Temanku... JANGAN BERSEDIH selagi dirimu beriman pd ALLAH. Keimanan adalah rahsia kerelaan,ketenangan dan rasa aman.Sebaliknya kebingungan dan kesengsaraan selalu mengiringi kekufuran dan keraguan.

Bangun dan bangkitlah dari rasa kemurungan dan kesedihanmu dan ingatlah sekiranya DIRIMU lemah ianya akan melemahkan kehidupanmu..dimana kecerianmu itu..DIMANA...???
Leklina bangga krn ramai teman2 leklina kuat dan bersemangat waja utk mengharungi hidupnya, walaupun kekadang mereka tewas dlm kekecewaan malah hampir putus asa...tapi ALLAH sygkn mereka dan kembalikan semangat utk meneruskan hidup. Ketahuilah kalian ALLAH mmg syg kamu semua kerana diujinya hidupmu...mengeluh tetapi REDHA..malah terus bersemngt memperjuangkan HIDUP.

Leklina mmg terharu sngt dgn kecekalan kalian semua...YA ALLAH KAU LINDUNGILAH SAHABAT2 KU DN BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA MENGHADAPI APA JUA RINTANGAN..KU MOHON YA ALLAH AMPUN DOSA2 MEREKA JADILAH MEREKA ANAK YG SOLEHAH..IBU METHALI..ISTERI YG TINGGI DARJATNYA...AMINNN YA ROBB...


*Allah menguji setiap insan dgn pelbagai cara..redha dn bertawakkallah..semoga dilindungi dan di rahmati olehNya..

Wednesday 30 March 2011

Cintailah suami hingga ke akhir hayat...!!!!

Isteri mana yg mahu suaminya berpaling cinta,perkahwinannya goyah oleh org yg ketiga atau berakhir Tragis dgn perpisahan. Jika mereka yg bergelar datuk dan nenek pun boleh bercerai,inikan pasangan muda yg sentiasa dilambung gelombang konflik persekitaran yg mengancam. Bagaimanakah caranya agar dicintai sepanjang USIA?

MILIKI IMPIAN YG SAMA

Impian bersama utk memiliki kemewahan,memberi pendidikn yg hebat pd anak2 dan berkhidmat pd agama dan bangsa. Selalunya jarang utk mndpt kesepakatan dlm membuat keputusan..perbezaan itu kadangkala mengundang pergadohan. Pada pasangan yg benar2 d cintai..biasanya jarang berbeza pandangan. Mereka memiliki persamaan rasa dn hmpir tdk menampakan peselisihan kerana pasangan begitu selalunya SEHATI dn SEJIWA. Belajarlh menyukai apa yg di sukai pasangan dan membenci apa yg dibenci,meminati apa yg d minati dan menggilai apa yg digilainya dan bermimpilah dgn mimpi yg sama.


BERUBAH UNTUK SENTIASA D CINTAI

Perasaan pasangan kita selalunya berubah dari dahulu sampailah sekarang. Bohonglah kalau tiada badai dlm melayari perkahwinan. Mengapa suami semakin dingin, mengapa pula isteri panas baran? Malah sentuhan tiada makna dlm pasangan,malas berbicara dan mementingkan hal sendiri tanpa menghirau perasaan pasangan masing2. Kemanisan bercinta semakin pudar,ghairah terpadam dgn sendirinya membuatkan hilangnyanya cinta di hati. Bagaimanakah suami isteri mengembalikan cinta dan kemanisan itu. Fikirlah bagaimana cara untuk berubah membuatkan pasangan jatuh cinta kembali utk selamanya di cintai dan mencintai..Hargailah cinta ..kerana cinta mmbuat diri di hargai..


ABAIKAN SESUATU ATAU SESEORG DEMI SI DIA

Jadikanlah si dia org yg paling penting dlm hidup dn jiwa isteri. Lupakan seketika kerja2 rumah dan pejabat jika bersamanya. Tiada siapa yg boleh merampas perhatian isteri pd suaminya. Hargailah bila masa2 bersama.


LEBIH SABAR DARI PASANGAN

Cuba buktikan cinta dgn menunjukkan kesabaran semasa senang dan susah. Bukan mudah utk menggalas KESABARAN buat isteri utk memainkan peranan di dlm hati nurani suami. Kadang2 mmg rungutan keletihan,emosinya yg tercabar tetapi semua itu tdk terhingga membandingkan ketabahannya melayan kehendak suami dn anak.tunjukkan kesabaran yg tebal supaya suami semakin cinta hingga ke hujung nyawa.


MENCIPTA SUASANA TENANG PADA JIWANYA

Tiada ketenangan yg paling bernilai di dunia ini kecuali apabila seorang hamba dekat dgn ALLAH swt mencintai dan dibalas cintanya. Dan tiada cinta yg diredhai ALLAH, yg akan mengalirkan ketenangan pd jiwa manusia melakukan cinta suami pd isterinya. Isteri sentiasa menciptakan suasana tenang dan tenteram utk suami tercinta. Kebahagiaan akan membuatkan suami sentiasa mengingati isteri sebagai insan yg paling istimewa dlm jiwa dan raganya.

*Jadikanlah CINTA itu suatu pemberian dan sedekah dari hati yg luhur untuk yg di cintai....

Kuat dan tabahkan dirimu..

Assalammualaikum semua...

Sunyi betul rumah ni...radio dn TV tidak memainkan peranan langsung sebabnya leklina tak bukak pun...
Hari ni si Farris gi tengok wayang pakai kad wayang FREE..(leklok punyer la sapa lagi) Tulah dlm suasana yg hening sbb kwsn leklina sunyi sikit kekdg jer bunyi kete ngn anjing menyalak.... mmg sesuailah utk melelapkan mata.

Lepas je solat..tetiba telipon leklina berbunyi...ishhh berdebarlah tetiba...ingatkan leklok sbb tetiba jer rindu ngn dia..(uuuweekk nk muntah pulak ..wat nyampah org pulak kan..) Dah tu leklina...sebenar kwn leklina calling nak bagi tau ttg shbt satu lagi husban dia sakit....smlm mmg tau ..tapi hari ni sedih lah pulak..bukannya apa bertimpa2 masalah dia.

Suami kwn leklina tu rupa2nya "buah pinggangnya rosak teruk" kena cucilah nmpaknya setiap 3 kali seminggu..dah husban dia tak keje sbb kena kencing manis (sebelum ni dah potong 1 atau 2 jari kaki....) harapkan jualan kekacang di pasar malam yg pendapatannya tak menentu....anak masih sekolah rendah..nasib baiklah kwn leklina tu dpt menyambung kembali pekerjaannya sbg PEMBANTU TADIKA di Sekolah Rendah..dptlah sikit menapung pendapatan...tapi kwn2 lain cuba ikhtiarkn utk mndptkan ZAKAT..mana tau boleh meringan bebannya..

Tulah bila dengar jer berita mcm ni wat leklina kecut perut..kalaulah leklok tak der leklina kena kuat dan kuat dan terus bangun utk hidup..(ajal maut d tanganNya...moga2 leklina ngn leklok sht sehinga dpt melihat kejayaan ank2 di dunia dn akhirat...amin..amin..doakn ye kwn2)


*Kita perlukan sokongan d sekeliling kita utk menguatkan semangat...berdoa dn terus berdoa.

Monday 28 March 2011

AJARKANLAH.....

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata "Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yg menggembirakan kamu,ia berkata bahkan!

Beliau berkata (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah AL-Mulk dan ajarkan kpd ahli keluarga dan ank2 kamu dan kpd anak2 kamu yg belum baligh di rumahmu  dan jiranmu..sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari KIAMATdi depan ALLAH memohon kpd pembacaannya supaya ALLAH SWT menyelamatkan dia daripada API NERAKA dan pembacaanya juga selamat daripada seksaan KUBUR.

Dan Nabi Muhammad  SAW bersabda."SAYA SUKA KALAU SURAH INI DALAM HATI TIAP INSAN DARI UMATKU "

*Mencari keredhoan Allah dengan pelbagai cara...

Sheikh Mishary Al afasy, Surat Al Mulk from studio

Sunday 27 March 2011

Sayang kamu juga..!!


Nak sambung cerita tentang sahabat..tapi part 2. Ini sorg lagi sahabat yg banyak memendam rasa...kehidupannya penuh warna warni. Tapi mulutnya leh tahan LASER....hahaha kena ko sebijik ngan aku...tapi leklina tetap suka dan sygkan sahabatku yg bernama FAUZIAH..(amboiii tetiba nak ko tersenarai..)

Yang bestnya aku panggil MINAH BANGGLA  sbbnya muka pesen sana cntik dn jelita...leklina ko ade mcm dia? tak der kan jgn nk bzzzz bodyyyy sngt okeyyy. Sebab laser punya pasal leklina leh kwn ngn dia krn leser dia bertempat bukan saja2.

Bab2 ngaji suara bagaikan qariah jugak..sedap suaranya tapi nafas sempot..hahaha lom layak okeyy. Dia antara TALIAN HAYAT utk klas tajwid d MASJID AL HUSNA PUSAT BANDAR PUCHONG..
Talian hayat satu lagi LEKLINAlah sape lagi...gelaran utk kami kerana menyebok bila org baca salah lajuuuu jer nak tolong betulkan pastu bila diri sendiri salah org ketawakan kita..hahahah klas tajwid kami mmg ade warna warni tak serius sngt..takut BORINGGGG....
Kak NOOR ZAKIAH...seorg lagi sahabat leklina....wanita yg berfikiran POSITIVE...tidak suka memburuk2kan org lain malah sanggup menjadi jiwa muda semata2 bila bersama LEKLINA dn KAK BIBAH. Akak kami tak mahu panggil akak MAK CIK sorry ye...Umur kak noor ni dah 60thn lebih...tapi Allah memberi dia kesihatan yg sangat baik malah walaupun dia seorg IBU TUNGGAL. Leklina sama Fauziah suka menyakat kak noor....bila kak noor nak kawin lagi....dgn loghat Peraknya kak noor  menjawab ISSS KOME NI......MENYEMAK KELAMBU jer...kihkihkih kiutkan jwpn dia.

Tak boleh nk bayangkan kalau kak noor dah tak de kat dunia ni....mungkin leklina akan terasa kehilangan dia..dia seorg yg baik dn ikhlas dlm persahabtan malahan dia pemberi smngt kt leklina bila leklina DOWN..badannya mcm anak dara sepanjang masa...kuat jogging dn dia bersama kak bibah akan keluar bersama2 termasuklh leklina...kami mmg sekepala walaupun kami berlainan usia...itu bukan penghalangnya...akakkk leklina syg akakkkkkkkkk....InsyaAllah kami tidak akan MENIKAM DARI BELAKANG utk kepentingan diri...semoga ALLAH memanjangkn usia kami utk kebaikan dunia dn akhirat.

*Berkawan biar ikhlas dan percaya mempercayai itu adalah penting dlm satu persahabatan..

Sahabatku...



Assalammualaikum..walaupun hati leklina sedih sikit tapi tak mengapalah. Kekadang kita kena tau kita ni sapa..hanya menumpang d dunia ni sementara waktu je...

leklina nak cerita tentang org dlm gambar ni...cantikkan... umurnya dah tergolong Warga Emas hahahha mati leklina kalau dia tau..leklina panggil dia KAK BIBAH...orgnya tak lokek ngan senyuman dan dia ni tak pernah nak mengaku KAYA tetapi hakikatnya dia kaya..(kwn2 leklina semuanya kaya2 tapi leklina sederhana je..syukur jerlah leklina..)

Menangis dn ketawa kami bersama...malah kena marah pun bersama tapi  leklina takkan ambil hati kerana kekadang tu apa yg dia cakap betul..leklina kena jugak perbaiki diri. Leklina g klas ngaji kt umah kak bibah ni lah...sebulan sekali kami mesti keluar bersama g jamu mata atau g mkn2  ..woooo dia suka belanja org...tapi kekadang leklina belanja dia jugak. Suara dia kuat mcm leklina gak..

Tapi bila bab ngaji suara kak bibah ni TERANG JELAS DN NYATA malah nafasnya panjang ..ustazah ckp nafas qariah..kembanglah tu...perasaan sngt...!!!

Tak mau citer bnyk2 pasal dia ..yg pasti sukaduka leklina bersama dia sbg kenangan malahan sukasuka pun bersama dia...SYG AKAK.....ingtlah sampai bila2 Leklina sygkan akak..

*Sakit sama sakit malah suka kongsi bersama..

Thursday 24 March 2011

Jogging jom.....

JOM KENALI JENIS KEGEMUKAN!

Badan menggelambir dan lembik disebabkan Oleh kandungan air yang tidak d perlukan berlebihan di dlm badan.
Badan terasa cepat letih Dan mengah apabila membuat aktiviti harian. Ini adalah kategori GEMUK AIR huhuhuhuhu...

Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar...Dan mudah rasa sakit kepala. Inilah di namakan GEMUK ANGIN...

Manakala yg terakhir GEMUK DAGING...menyebabkan berasa berat Dan pejal.Mudah penat apabila melakukan tugasan harian.
Proses penurunan agak lambat berbanding GEMUK AIR atau ANGIN kerana lemak di dalam badan Sudah menjadi TEPU.....(alaaamaaaakkkkkk.....)Dan bergumpal bersama daging...isshhh .....
Proses penurunan melalui perpeluhan Dan mengikut pantang yg di sarankan.huuhhhhhh!!!!!

Agak2nya leklina ni category ape eerkkkk....jgnlah malu2 nak cakap...cakap ahhhh nnt kita calling2ye...cakap jer...tak kena penamparnya...!!!
Jenuh leklina Cuba kuruskn bdn....last2nya leklok ckp ape...udah-udah le tu teman dah tak nak keluarkan duit lagi...kurusnya idak jugak....waaaa leklina suke sbbnya tak delah hari2 org nak jual brg ngn leklina...:(

*kesihatan itu lebih penting dari segalanya.....!!

Wednesday 23 March 2011

Alhamdulillah....

Alhamdulillah..itulah ucapan yg keluar dari mulutku selepas Farris berlari meluru ke arah leklina dn leklok. Ya Allah kau telah memperkenankan doaku ...sebagai ibu leklina hanya mampu BERDOA selebihnya USAHA sendiri dari FARRIS.

Bukannya mudah mengecapi kemanisan ini buat farris...dan langkah baru bermula...berusaha utk terus memajukn diri. Jadilah manusia yg lebih fokus dn lebih berdaya tinggi juga lebihkn  keimanmu dan jagalah solatmu dan hormatkan org tua....insyaAllah kalau kita meminta dan berdoa pdNya ..Allah akan memberinya tapi bila kita melupakanNya..Allah akan melupakan mu wahai anakku..INGATLAH.

Jgnlah leka perjalanan masih jauh..carilah ilmu sehingga ke hujung nyawa...belajar terus belajar dan berdikari utk matlamat diri yg d redhoi...Apa2 pun sekalung TAHNIAH utk Farris dan anak2ku yg berjaya ke U termasuk NAD dan Fayyadh...Sayang kamu semua...<3...Aliyah Amirah dan Diyana iuktlah jejak langkah abg2 dan kakakmu..

*Usaha tangga kejayaan....

Tuesday 22 March 2011

Gejolak Jiwa....

Bulan bagaikan berbicara sendirian,membuatkan hatiku kesunyian,malam dtglah memeluk kerinduan...yg pasti aku hanya pasrah pdMu...Bicaralah aku tentang sukaduka kehidupan,mencari matlamat penghujung rasa...
Bagaikan jiwaku teriris terluka...tapi munajat memohon keampunan..pastikahhh aku d terima sbg kekasihmu....

Umpama mimpi yg tak berpenghujung...mencari sesuatu yang tak pasti..meredah gejolak jiwa..bagaikan tersungkur d bumi...tapi kepahitan mengatasi segalanya...Manisnya bicara bagaikan madu ..tapi madu ku pahit bagaikan hempedu,aku tetap menghirup kepahitan itu..walaupun ia bagaikan racun.

Kusangka panas hingga ke petang...tapi syg d tngh jalan menitis jua...kesuraman itu bagaikan sementara muncullah pelangi mewarnai diri...bersyukur berzikir bermunajat pdmu tanda bertuahnya diri..Kesedaran bagaikan d julang..tapi merintis duri2 kesukaran membuat diri penuh keinsafan...adakah aku masih d terima olehNya...

Bukannya mudah utk melaksanakannya tapi tak mudah utk melepaskan begitu saja tanpa rasa kekesalan diri..untungnya diri terpilih walaupun jiwa bergolak penuh keresahan..alhamdulillah dapat mengatasi hanya dengan iringan doa keampunan...jadilah jiwa2ku antara jiwa2 yang penuh keiman..Ya Allah bukannya mudah tapi aku tidak mahu tersungkur hanya kerana kepahitan rasa membawa kepalitan jiwa dan raga..moga doa2ku di makbulkan olehNya...jua jadilah aku insan yg terpilih yg engkau redhoi..Amin....Ya Rabb...

*Mencari itu mudah tapi mengamalkannya menjadi kepayahan tapi itu bukan alasan.....!!

Monday 21 March 2011

Kenanganku..!!!

Bissmillahirrahmannirrohim..pembuka bicara...pagi2 ni hati berbunga wangi dgn keletah wanita India dari kawasan yg berbeza. Hujan2 begini buat leklina senyum sendirian....hilang kejap perasaan gundah gelana...ambooiii leklina....!!!!! Sebenarnya leklina nk postkn lagu..nntlh sebab leklina nk keluar...

Mulalah leklina teringtkan kg leklina..kalau sejuk2 mcmni kami adikberadik suka rebus ubikayu cicah sambal .... Sedapnyaaaaaa!!! Pastu wat air kopi panas2....pastu mkn rebut2 mmmmmmm bestnya.kalau hujan lebat rumah leklina bocor siap tadh ngn periuk...alah kesian leklinakn...
yg bestnya boleh main hujan siap mandi bwh cucur atap. Tapi kenangan itu yg mmbuatkn leklina rindukan suasana kg. Kalau nk citer pasal kg ku haaa x habis...tapi kg leklina skrg dah berubah wajah cantik dan sedikit moden...

Nnt senang2 leklina citer mcmna leklina boleh jadi askar d kg....hahaha( askar olok2 la )jgn ketawakan leklina ok.....dulu2 kaki merayap nasib baik skrg isteri yg SEDIKIT BAIK hahaha baiiikkklah sngt. Indahnya kenangan lalu....(sedikit sedih....) rindunya...!!!!

*Masa yg lepas mendewasakan kita...!!!

Sunday 20 March 2011

Hanya Termampu..!!!

Salam syg utk semua...wahhh nampak ade org curi tulang....sape lagi leklinalah...saya tak kata kamu...tapi bila terasa maafkanlah....tulah..bila buka sukasuka ni...mmg melekatlah...tapi x leh lama2..tuuu haaaa kerja melambak....saja utk sukakan hati ..

Banyak perkara nak d luahkan..tapikan......!!!!!! BIARLAH RAHSIA.....dalam diri ni mcm nak cuti berdua jer...(habislah leklok baca...sorry leklok)..ank2 bagi lampu hijau..tapi ..ishhh bnyk sngt pikio nye tu sbb tak jadi.....arrgghh mengeliat pulak leklina buruk tau..

Bila megenangkan perjlnan hidup ini...bnyak sungguh ranjau dan duri ROSnya...kdg2 wangi bagaikn bunga (india selalu jual tu bunga apa ye wangiii tau lupalak nama dia cissss..PELUPA)..Allah menduga kita dari perbagai sudut...kekdg krn WANG kita tersungkur dn berjaya, Allah menduga kita dgn kesihatan (Ira tabah ok..miss u dik)..tidak lupa kekdg masalah kecil jer boleh mnjadi besar apabila d uji OlehNya...cuma kita ni sedar ke tidak.atau buat2 tak sedar...

Kita perlu berMuhasabah diri utk mengenali diri kita sendiri...(amboiii leklina sedap mulut nk nasihatkan org awk tu apa kurennggg) kekadang kita hanyut dn hampir karam d landa ombak kehidupan...kekdg kita lemas dlm pelukan keasyikan dunia...kekadang kita hnya sebesar kuman d mataNya...bagaimana kita mncorakkan kehidupan kita terpulanglah pd diri sendiri..Ambil iktibar d sekeliling kita dn peka terhadap sesuatu...bukan mudah utk mncoraknya tapi menjadi mudah bila kita ber SYUKUR..

Tabah dan sentiasa merendah diri (jgn TERLALU merendahkan diri nnt DIPIJAK2 ORGkan....aduhhhh sakitnyaaa..ALLAH yg tahu....) dan tak rugi kita sentiasa SENYUM walaupun ketika itu kita dlm kepedihan jiwa dn raga...MASYAALLAH  kenapa leklina tak sedar ..kekdg tu mrk2lah yg memberi sedikit ruang hidup leklina ceria..

Sentiasa kita ber SEDEKAH walaupun sekupang (org Perak ckp bkn leklina...) tapi soroklah tangan kananmu nnti mengatalah pulak s tangan kiri...Jadilah manusia yg bukan suka MEMINTA2 tetapi jadilah
manusia yg mengerti makna ber SYUKUR...!!! ok lah leklina nak cari cermin...nak cerminkan diri dulu...dasyat tul cermin tu ngajuk leklina... leklina lagi Montel..montel..montel..(alamak Pak Arab lak pulak..)

*Ingin mencari keindahan itu carilah ia sebelum pudar...

Saturday 19 March 2011

Permata Hati....

Hari ini hari terakhir cuti persekolahan....kami tdk bercuti ke mana2 ..hanya lepak d rumah dn berjln Sekitar Kuala Lumpur. Anak2 pun tdk merungut...menyebabkan keadaan mnjadi mudah. Walaumacamna pun Majlis Keluarga seboleh2nya anak2 ikut serta.

Biarlah ank2 merungut asalkan mereka kenal saudarmara mrk dn menmbah kemesraan..faham2 lah masing2 meningkat dewasa dan semangkin renggang...itu yg Cuba d elak....selalu leklina pesan dengan anak2. Kekadang mereka meluahkn juga perasaan tdk puas hati...tapi bila d beri penjelasan mrk akur...leklina x kesah itu semua utk kebaikan mrk juga....mama ngan abah hnya memberi petunjuk yg jelas.

Leklina tahu diri ini bukan sempurna sngt..tapi tetap ingin menjadi ibu yg terbaik. Tak kesahlah...itu semua ketentuan Allah. Allah menentukan segala perjalanan hidup kita tapi kita hnya menyedari d kemudianya. Apa2pun ank2ku bersyukurlah apa yg Allah telah berikan pd kita.

Bila kembali ke Asrama sekolah atau ke Universiti...jadilah manusia yg berhemah tinggi dn belajarlah berdikari dn berusaha juga redho dgn ketentuanNya..tapi jgnlah lupakan ALLAH dn Al quran..apa2 yg hendak dilakukn sesuatu perkara kena ingat ALLAH MELIHAT APA YG KAMU LAKUKN....solat jgn lambat dn jgn tdk melakukannya
langsung....KUATKANlah IMANMU wahai anak2ku. Ketahuilah kami semua sygi Kamu....Anak2 mama dn abah adalah harta kami yg amat bernilai d dunia dn akhirat.


*Harta yg paling bernilai adalah ANAK...sygilah ank2 kita...di manakah mereka skrg.

Keluargaku...!!!!


Abah dan Nana 


Maksu, Kak zizah  Raudah dn Kak Yah



Kak Ita dan Kak Nya... 

Kali ni leklina nak kenalkan kakak2 leklina....kami ada 8 org adik beradik tapi  abang leklina dah meninggal dunia(ALfatihah utk mereka)...tinggallah kami 6 org adikberadik...leklina ank yg bungsu...tapi bukannya manja dn semmgnya bukan d manjakan huhuhuhu..tapi x kesahlah itu semua...


Ibubapa leklina dah lama meninggalkan kami adik beradik..terlalu lama...(alfatihah jugak utk mereka...) yg tinggal seorg ibu saudara...itulah satu2 yg ada ...moga2 Maksu dn fmly sht selalu dn d limpahan kerahmatan hendakNya....Amin...!!


*Berbahagialah kita dunia akhirat...!!!

Bersyukur. ...





Salam semua..leklina seronok sngt hari ni...siang tadi sebuk ngn anak2 kt secret recipe..mmg berbaloilah s kembar tu...dpt HP baru...nad abah dh beli notebook...yg kecil hnya nk seluar panjang jer...( ank kecik ni mmg x bnyk kerenah..tq syg memahami..!!!

Hari ini kwn FB leklina dah ade blog....yahooo berjaya jugak dia...rasa2nya dia lebih pandai dari leklina...tapi leklina x kesah janji kami membuat perkara yg baik dan d restui oleh suami masing2... lepasni suruh kakak BJ tu....( waaaa nnt kakak tu tersedak dia tengah mkn nandos..mintak sikit..hihihi)

Apa pun yg berlaku hari ini adalah ketentuanNya ..dia yg mmberi kita rezeki dn memberi kita rahmat tapi kita jgn lupa dgnNya...kerana DIA mengatahui apa yg kita x tau...ya ALLAH aku bersyukur pdMu...jadilah aku manusia yg tau bersyukur dn berterimakasih. Juga jauhkan aku dari sifat RIAK dn SOMBONG..leklina hnya manusia yg bnyk melakukan kesilapan...maafkan leklina wahai teman2seperjuangan...

Tetiba TerEmo pulak leklina...bab2 mcmni boleh buat leklina meleleh...(airmatalah...jgn fikir lain...)Terima kasih semua berkongsi rasa ngan leklina...


*Menjadilah diri sendiri itu yg terbaik...


Friday 18 March 2011

Masih mencari...

Entahlah ke berapa kali menaip utk meluahkan perasaan..mungkin 5-6 kali kot...semuanya terpadam ngn sendiri..(mengingatkan diri sendiri ..bila2 masa boleh padam bak kata Kak Faridah)..dia selalu ckp pasal mati..kekdg tu terkesan jugak. Isshhh makcik tu kalau kata bab mati2 ni klasss gitu..kalau x sedar jugaklah leklina ni x taulah...tq KAK FARIDAH!!!

Nak tau sape akak yg leklina sebut2 nama dia..alaaahh dia skrg ddk kt BJ...ooohh tdkkk bukan kt Stadium ..tu (BUKIT JALIL) tapi kt BUKIT JELUTONG...rumahhh org kaya...hahahha (kan kena sebijik nnt lps ni giliran leklina lak dia hentam kaw kaw punyer..) Maafkan Kami...maafkan kami...jgn x maaf...!!

Tu laahh Allah dh bagi petunjuk kat kitaa semua...taapiiiii kita ni lalai dn wat x nmpak jer..kejadiaan yg menuju kehancuran bumi..(ya ALLAH Qiamatlah tu)..ya Allah ampunkn aku dn berikan aku ruang waktu utk bertaubat... bila menyebut TAUBAT..terasa sayu rasa kt dada leklina ni...apa tdk rindu ngn suasana MASJIDILHARAM DN MASJID NABAWI...bila agaknya akan ku jejak lagi ke sana...kau jemputlah aku lagi ya ALLAH..

Mcm terasa masih di sana apabila diri ini merintih pdnya...aku rindu aku rinduuuu...jgn kau tutupkan matahatiku pdmu ya Allah..Pagi tadi baca surah alwaqiah..menceritakan ttg qiamat..ya Allah mmg takut....leklina x pandai nak tafsirkan....bukalah dn carilah surah al waqiah....telitikan dan nilaikanlah sendiri..bertapa besarnya kuasaMu ya Allah..

Jgnlah anggap leklina ni alim sngt (ooohh tdk ilmu d dada masih seciput jer..) Masih tercari2 dn dlm pencarian Allah mmberi petunjuk melalui seorg utk leklina..insyaAllah akan d amalkan..itu semua sekembalinya leklina dari TANAH SUCI MEKAH...bersyukur sngt...

Yg penting jgnlah RIAK dn TAKBUR...sentiasalah berSYUKUR apa yg ALLAH telah berikan pdmu LEKLINA....ingatlah bukan mudah utk mncari keredhaanya..tapi bila telah diberi olehNya amal..amalkan...dn sentiasa berzikir pdnya...insyaAllah akan ku cuba...!!! Walaupun leklina TER aktif d FB tapi bukan bermakna leklina melupakan yg lebih PENTING...FB hnyalh pengisi masa yg sedikit d dunia ni..yg penting jiwaku sentiasa merindu MU...!!

*Ilmu itu ada d mana2 carilah...

Wednesday 16 March 2011

Jgn ketawakan ok...!!

Selamat pagi syg....waahhhh bersyg2 pagi2 ni ye...mimpi apa leklina mlm tadi...nk tau mimpi sedih..tapi mood leklina skrg tersngtlah HAPPY..entah tak tau mengapa...mcm kureeennggg sikit leklina ni...ishhhhh tak baik tau senyum2kn leklina ....hahahaha !!!

Bulan March ni bulan pokai...sbbnya 4 org ank dara ku menyambut ulgtahun depa....NURDIYANA (20hb) NURALIYAH DAN NURAMIRAH (24hb) NURNADIA (27hb) tapiii jimaaattt beli 1 kek kongsi semua muwahhhhaaahh..jimattttsiiiikit duit abahkan....tapi jgn x tau Nad dh dpt hadiah dan  tinggal aliyaamirah  ($$$$$$) tapi yg paling best ank yg bungsu.."Adik nak hadiah apa?..waahhh dia jwb apa nak tau tak....Nana nak kek coklat jer wahhhwahhhwahhh.." bagus dik permintaan yg sungguh praktikal...

Tak pelah..insyaAllah abah akan tunaikan (eeee mama tumpang nama je) tu lah kalau mama kejekan best...nak suruh leklina keje sorryyyy kirimsalam jerlah ye...umo2 mcmni otak dah beku....kalau keje awal2 ok gak.

Tau tak tetiba entah leklina tertekan apa hilang kejap entry ni...pastu dtg si Nana  tolong betulkn....tau apa dia ckp "Apalah mama ni itu pun x tau......bla..bla..bla.." haa kena sebijik ...kan dah cakap leklina bukannya pandai sngt ttg gejet2 ni semua main hentam jer..Nak letak gamba pun x tau...kalau dh ade gambar tu haaahhha TERpandai sikitlah...(anak2ku tlglahhhh mama niii...isshh korg mmg ...nak pandai sorg jer...)...;(
Nantilahhhh bila leklina dah pandai.....(sambil muke monyok....) Tapi leklina suka-suka ngan gejet2 baru d beli olih LEKLOK..tq leklok lain kali beli yg lain pulak ye..suka-suka tersngtlah suka....!!!!

*sentiasalah .bersyukur...dgn apa yg ade.

cubalah call....di mana DIA skrg..!!

Salam syg utk yg tersyg...sapa tu..kamulahhhh sapa lagi!!! Dah petang rupanya..cepatnya masa berlalu..bagaikn terpanggil utk menuju kematian huhuhuhu ade ke situ kan teruklah leklina ni kan...Tapikan smlm waktu2 begini leklina kt tepi pantai bersama angin laut yg nyaman..masih terasa angin mmbuaikan tudung leklina..(kalau x pakai tudung mestilah rambut ikal mayang tu hahahaha...x der maknanya...)

Tapi skrg mcm sunyilah pulak..tetiba terdengar lagu nenek2 sibongkok tiga..rupanya si sepah punye cerita...ishhh terkena jugak leklina kan. Nak cerita satu perkara, tapi mcm serbasalah pulak...tapi apa yg dpt leklina nak ckpkn "JGNLAH IKUTKAN KATA HATI..YG PENTING UTAMAKANLAH KELUARGA"

Hargailah pengorbanan ayah dn ibu kita sekiranya ia masih ada...kdg2 tu org tua bukannya nak duit sngt..(kalau ade bagilah..hihihihi) dtg dn jenguklah mereka...kerana bila mereka tlh berusia mrk memerlukan kasihsayang seorg anak....bangga yg teramat apabila ank2 dtg menjenguk.

Mungkin kita x sedar airmata mrk mengalir lesu setiap kali memandang ke anjung pintu menanti dn terus menanti..hatinya hanya ALLAH yg tahu..kesiankan...camnak nangis lak leklina..Kamu semua masih ada ayah dan ibukan...tapi leklina x der..huuwaaahhhh nak nangis ni..sapalah nk pujuk hati nii.. :'(

Kita boleh merantau seluruh dunia tapi kita tdk akan mndpt kasihsayang yg unggul drpd ibubapa kita...cubalah cari di mana kasih sayang itu...x percaya carilah...kasihsyg rakan2 hanyalah sementara tapi jgn jadikn berbagai alasan x mahu berjumpa dgn ibubapa kita....nnt bila mereka tiada barulah tercari2..masa tu keluar airmata darah pun x guna...

Leklina rasakan kita ni semuanya sygkan ibubapa kita hhaaaaa skrg cuba call ibubapa kamu..calllah skrg...mesti diorg suke...x caya sudah...ishhhh ank2 skrg mmg cmtu..susah sngt nk call alasan kredit x der....;(


*kasihnya ibu membawa kesyurga kasihnya ayah haaaa jgn nak beza2kan..sygi semua hingga ke hujung nyawa...

Tuesday 15 March 2011

Jatuh cinta lagi...

Assalamualaikum....!!!! Buka blog ni TERjatuh cinta  ngan suara mendayu2 si Anuar Zain...buat leklina terperasaan jatuh cinta lagi sekali lagi ngan leklok...waaaaa apasal nama dia ada dlm benakku ini...??!! Wahai Raden Lokman aku mmg jatuh cinta sama kamu...(lagiiiiilah perasaannnnnn) hahahaha!!

Memang  betullah org ckp lagi berumur lagi bertambah cintan cintun..(harap2 jgn cintancintun ngn org lain udah ler...hahaha nnt leklina kurus..x mooo kurusss sbb benda2 mcmtu..) Kat sini Leklina nak ucapkan bnyk terimakasih pd Leklok sbb sudi ambil dn jaga leklina smpai bdn mcmni...tq syg..!! Leklok ni cool sngt..kt umah jrg nk mrh tapi bila kt opis..no komen...leklina x nak masuk cmpur...walaupun mcm2 ade kat situ...ishh malalut kt opis plak...

Masa leklina dlm pantang (masa tu bersalin kembar) leklok sanggup cuti smpai 2 minggu..mlm pulak berjaga.kesiannnn sungguh ..leklina d layan bagaikan puteri...tapiiikan kekadang tu leklina ni suka mrh kt leklok entah x tau..otak senget kot..hahaha sorrryyyy ye leklok. Anak2 pulak mmg manja ngan abahnya..kekadang tu leklina jeles..hahaha gedikkknya!!! Tulah bila leklok dh "warga Emas"oppppssssttttt.tahap kshtn beransur2  kurang dn masih sweets 17th..awet mude wooo..isshhhh asyik puji jer....tak suka-tak suka..:(

Yg paling leklina tak lupakan kesudian leklok bawak leklina g Mekah pd 2010 yg lps...kenangan itu akan d bawa kemati...berjuta2 terimakasih...Ni penangan lagu Anuar Zainlah ni..jadi leklina angau jap ngn leklok...hahahahahahahha...suka-suka tersangatlah suka :)

Ketahuilah olih mu cinta dn kasihsyg mu akan d kenang hingga ke hujung nyawa....kan dh ckp kalau org tua jatuh cinta mcmni lah...Ank2 jgn marah tau..ini luahan hati seorg isteri bernama HASLINA HASSAN pd suaminya MOHD LOKMAN HAMIDI...


*Hargailah pasangan anda semasa ia masih bernyawa....

Monday 14 March 2011

Mood ....!!!

Hai semua.....apa yg kamu rasa hari ini...mood sedih,suka,bengang atau marahhhhh sssngtt....Hari ni mood leklina campur tolak bahagi samadengan...mcm2 ade...Sebenarnya mata leklina ni ngantuk tapi baru pukul berapakan...issshhhh mata tolonglah jgn tidor lagiii boleh tak??

Ank2 leklina tadi g tengok wayang cerita si YUSRY KRU tu...haaa depa balik lps maghrib..paksa solat dulu baru balik...leklina g singgah kt PELITA  woooo sedap dh lama x pekena nasi kandar...tu sbb bila smpai rumah mata steamm jer..ni mesti nasi kandar tu punye pasal..(nk tanyalah mkn kt situ kena tax ker aahhh...)...tengok tiket wayang tadi ade tax jugak.....sehinggit sorg...hahaha korg kiralah sendiri berapa bnyk untung looorrr..

x per kan tolong melayu gak ..tapi sape nk tolong leklina pulak...isshhh x baik harap org jer...lebih baik usaha sendirikan...mcmana nak usaha sendiri  KEJE pun tdk...isshhh teroknya leklina...apa2pun HIDUP leklina utk diri sendiri...ooii apa yg aku melalut ni...jap2 korang suka ker ngn blog leklina ni...boringkan...tapi leklina x kesah sbbnya suka-suka  hnya utk leklina...tapi kalau korang nk baca silakanlah..

Dah x boleh nk pikir lagi...sbbnya nguap-nguap dn seterusnya menguap....itulah mood leklina skrg...skrg leklina nk study...korg x caya ker leklina nak study...tu aahh study bantallahh..!!!! waahh  mmg x leh tahan mata niii..masyaAllah berair2..
bye salam semua....nak ngorok...zzzzzzzz


*Jadilah diri sendiri....barulah kita d sayangi dn d hormati...

Sunday 13 March 2011

Maafkan kami..!!

Assalammualaikum..semalam penuh keseronokan utk ank2 leklina...apa yg d hajati mmg depa dpt..itulah rezeki namanya. Cuma si kembar dlm proses insyAllah..doakn abah murah rezeki ok. Dlm hujan lebat smlm Fayyadh balik juga ke USIM..manakala NADIA (Nad) balik pagi tadi.

Terpaksalah pagi2 kami hantar Nad balik ke Melaka jam 8pagi..dlm perjalanan yg lancar kami  sampai ke Melaka dlm 45 minit...oooohhh percaya tak!!!! itulah hakikatnya Leklok bwk kete 130-140km...ehehehe nasib baik polis tak der..tapi x tau lah saman ekor..mintak2 x der lah hendaknya.

Pastu buat terjah rumah kwn......( SALINA & HAMDAN)...kelamkabut dia sbb kitaorg dtg tak calling2 pun...mmg kelakar..tapi kesian pun ade bagaikan merayu pd kekasihnya ...JGN TINGGAL DAKU..tapi d sbbkn leklok ade temujanji ngan kwn dn nak hantar NAD ke UiTM MELAKA terpaksalah kami memendekkn pertemuaan itu...insyaAllah kalau ade rezeki kami akan berkunjung ke SRI KASIH lagi ye!

Mcmanapun teringin ASAM PEDAS TENGGGIRI org LONDANG tu..hihihihi..itu bukan rezeki namanya. Tapikan tetap bersyukur dpt berjumpa wlaupun seketika..kita hnya merancang tp Allah menetukn segalanya. Pertemuaan itu bukannya utk terakhir kali ..insyaAllah akan menyusul lagi..tapi bila tak taulah ..!!!
Itupun dlm perjlnn balik ke Puchong mmg lancar sekali walaupun lori2 dn kenderaan berat bnyak d jlnraya...alhamdulillah selamat sampai...Buat shbtku ..kami semua amat berbangga dgn keperhatinanmu terhadap kami..moga2 Allah memelihara persahabtan kami hingga ke akhir hayat...!! Maafkan kami..

*insyallah kalau kita berbuat baik pd org lain..akn d balas baik juga...dlm pershbtan kekalknlah kejujuran dn kasihsyg serta keikhlasan....insyaAllah.

Saturday 12 March 2011

BUATLAH APA-APA

Assalamualaikum....jumpa lagi...sebenarnya leklina nak keluar ni...ank2 ngn leklok tngh siap2. leklina ni seorg ibu...oooo ibu ...bukn ibu tunggal tau!!! tapi alaaaa sapa yg kenal leklina tu kira ok jer lah...leklina orgnya "P" hahaha carilah sendiri...<3...bila dh ramai2 ni mcm2 kerenah..yg paling emo sape lagi LEKLINA laaa..yg paling cool LEKLOK lahhh. Nanti kalau sempt snap gamba leklina letak kt sini ye...jumpa mlm krg or esok jer...bye...

Salam kenal...suka-suka

Waaahhh..mmg suka betul, dah ade blog..tapikkannn yg crate ni semua cik asben..(suka-suka..tq en. asben)!!!
sebenarnya bnyk keje..tapi d sbbkn Sukasuka punya pasal...haa nilah dia jadinya...nnt2 leklina citer ye..sape leklina...ok salam perkenalan  buat pertama kali....senyum selalu..

SUKA-SUKA

Hari ini Ahad, baru terasa untuk mencipta blog sendiri. Saje untuk SUKAsuka, Semalam saya dan suami hadir pada majlis perkahwinan wartawannya, Nur Hasma Fasheeha di Bandar Baru Segamat. Pada mulanya suami bercadang untuk bercuti dengan anak-anak selepas majlis itu. Dia telah mengambil cuti hingga hari Selasa ini. Tapi anak-anak tidak mahu ikut. Jadi kami pergi dan balik hari berdua. Begitulah anak-anak sekarang ye!.....