Saturday 30 April 2011

Bukan kerana TERPAKSA!!!

Solat adalah TIANG AGAMA...solatlah kita kerana ALLAH dan solat itu bukan TERPAKSA. Bukan mudah mendidik anak2 atau sesiapa untuk bersolat kerana bagi mereka solat atau tidak bukannya orang lain nampak...tapi ALLAH yang nampak.

Setengah ibubapa mudah sangat menggerakkan anak2 mereka tetapi setengah anak2 LIATnya...malah ade yang tipu konon2 makbapak tak tahu. Leklina akan menggerakkan mereka dengan irama dan lagulah..hihihihi kekadang tu pagi2 riuh rendah...janji anak2ku solat kalau tak solat tanggunglah DOSA tu sendiri tetapi leklina akan pastikan mereka solat.

Untuk menjadi baik bukan mudah dan menjadi TERBAik lagilahhhh...tapi leklina tetap mendoakan pada anak2 semoga anak2 leklina dan mereka2 yang d luar sana tidaklah ambil mudah tentang solat. Solat juga merupakan amalan yang pertama akan di soalnya selepas kita mati. Bagaimanakah kita di alam sana sekiranya solat kita ala kadar aje atau tidak bersolat langsung....marilah kita fikirkan sama2 ye. Mati dan hidup kita di tentukan olehNya..bila2 masa kita akan di panggil menghadapNya.

Solatlah kita dengan sempurna bacaannya,sempurna dengan wuduknya...sempurna juga dengan tomatninahnya(maafkan leklina sekiranya tersalah eja). Belajarlah kita tentang solat yang khusyuk...kita sememangnya bukan sempurna tetapi menjadilah manusia yang baik di antara yang TERBAIK...insyAllah.

Sekira ada waktu terluang bersolat Jemaah kita bersama keluarga untuk menambah kasihsayang kita sekeluarga..dan tidak secara langsung dapat mendidik anak2 kita menjadi IMAM yang sesempurna mungkin...perlahan-lahan mengayoh untuk menuju ke matlamat. Leklina tetap mendoakan pada anak2 leklina dan anak2 yg di luar sana ..belajarlah sebaik mungkin tentang SOLAT..sekiranya masih ragu2 carilah ustaz  dan jangan malu untuk belajar. Jangan malu pada ilmu kerana kita akan rugi sekiranya kita sombong pada ilmu. 

*Solatlah anda sebelum anda di solatkan...

No comments:

Post a Comment