Saturday 7 May 2011

Dalam Pahit ade Manis..

Assalammualaikum....musim cuti sekolah akan bermula lagi....masa yg terluang inilah akan di penuhi aturcara kekeluargaan malah termasuk di dalm agenda kalendar iaitu majlis perkahwina. Terkenang semasa anak2 masa kecil dan di sekolah rendah..kami akan pergi melancong di dalam negeri sahaja..kerana kemampuan yang terhad.

Kini ank2 telah meningkat remaja..kami masih belum mampu membawa anak2 ke tempat lebih jauh..tapi kami bersyukur kerana pepatah pernah berbicara MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI....walaupun kekadang ku teringin terbang di awan biru...

Tapi itu bukan matlamatnya..yang penting anak2 berjaya di dalam pelajaran kehidupan yg mendatang...masih jauh perjalanan anak2 ini..sempatkah AKU...ya Allah kau berilah kekuatan di dalam jiwa anak2 ku utk menempuh rintangan dan cabaran hidup. Ya Allah kau berilah aku ruang hidup yang lama dan limpahi kesihatan yg amat baik semoga dapat ku melihat anak2 ku berjaya  dalam kehidupan sehariannya dunia akhirat.

Dalam sanubariku aku amat takut dengan DUNIA yg di cipta ini...hati menangis, marah,malahan ketakutan memenuhi ruang jiwaku. Aku seorang ibu yang tidak sempurna malahan aku juga bukan sahabat yg indah sepanjang masa...aku insan kerdil yang hanya mampu merintih dan berdoa utk menjadi yang terbaik antara yang terbaik..MAMPUKAH aku..bukan mudah untuk memuaskan semua orang termasuk adikberadik,keluarga,teman2 rapat malah rakan yang hanya di kenali sebagai pendamping masa...tapi ,,,,,!!!!

Tapi aku tidak akan menyalahkan sesiapa sekiranya apa yg ku ingini tidak terlaksana kerana kita ini manusia yang hanya merancang tapi ketentuannya dari ALLAH yang maha esa..Terimakasih suamiku MOHD LOKMAN HAMIDI kerana sudi memperisterikan aku yang tak punya apa2..tapi kerana DIA aku bahagia bersamanya walaupun kekadang GELORA HEBAT melanda tapi sekiranya tak berkocak itu bukannya PERKAHWINAN.

Ya Allah ..aku mengharap semuga kecerahan langit tidak di selaputi mendung sepanjang masa. Jadilah aku seorg IBU,ISTERI, ADIK atau KAKAK yang boleh kau lihat dengan mata hati..bukannya melihat dengan mata kasar...kekadang tu terasa diri di PINGGIRkan tapi hakikatnya TIDAK..kerana MASIH ADA YANG SAYANG PADAKU..

* Masih Ada Yang Sayang..

No comments:

Post a Comment