Saturday 30 April 2011

Bukan kerana TERPAKSA!!!

Solat adalah TIANG AGAMA...solatlah kita kerana ALLAH dan solat itu bukan TERPAKSA. Bukan mudah mendidik anak2 atau sesiapa untuk bersolat kerana bagi mereka solat atau tidak bukannya orang lain nampak...tapi ALLAH yang nampak.

Setengah ibubapa mudah sangat menggerakkan anak2 mereka tetapi setengah anak2 LIATnya...malah ade yang tipu konon2 makbapak tak tahu. Leklina akan menggerakkan mereka dengan irama dan lagulah..hihihihi kekadang tu pagi2 riuh rendah...janji anak2ku solat kalau tak solat tanggunglah DOSA tu sendiri tetapi leklina akan pastikan mereka solat.

Untuk menjadi baik bukan mudah dan menjadi TERBAik lagilahhhh...tapi leklina tetap mendoakan pada anak2 semoga anak2 leklina dan mereka2 yang d luar sana tidaklah ambil mudah tentang solat. Solat juga merupakan amalan yang pertama akan di soalnya selepas kita mati. Bagaimanakah kita di alam sana sekiranya solat kita ala kadar aje atau tidak bersolat langsung....marilah kita fikirkan sama2 ye. Mati dan hidup kita di tentukan olehNya..bila2 masa kita akan di panggil menghadapNya.

Solatlah kita dengan sempurna bacaannya,sempurna dengan wuduknya...sempurna juga dengan tomatninahnya(maafkan leklina sekiranya tersalah eja). Belajarlah kita tentang solat yang khusyuk...kita sememangnya bukan sempurna tetapi menjadilah manusia yang baik di antara yang TERBAIK...insyAllah.

Sekira ada waktu terluang bersolat Jemaah kita bersama keluarga untuk menambah kasihsayang kita sekeluarga..dan tidak secara langsung dapat mendidik anak2 kita menjadi IMAM yang sesempurna mungkin...perlahan-lahan mengayoh untuk menuju ke matlamat. Leklina tetap mendoakan pada anak2 leklina dan anak2 yg di luar sana ..belajarlah sebaik mungkin tentang SOLAT..sekiranya masih ragu2 carilah ustaz  dan jangan malu untuk belajar. Jangan malu pada ilmu kerana kita akan rugi sekiranya kita sombong pada ilmu. 

*Solatlah anda sebelum anda di solatkan...

Tuesday 26 April 2011

Ingat pesan Ayah...

Assalammualaikum....lama menyepikan diri tetiba perasaan ingin menulis sesuatu....bukannya penting sangat pun tetapi ingin berkongsi sesuatu. Itupun sekiranya tidak menjadi keberatan.

Pagi tadi semasa hantar DIYANA ke sekolah AGAMA...tetiba tangan abang lok tertekan RADIO IKIM..pada masa tu ade slot MOTIVASI...bila mendengar dengan teliti memang terasa amat terpanggil untuk menulis di blog leklina.

Diantara isikandungannya antara ayah ibu dan anak.....

Ayah:  Ayah berpesan pada anaknya..sekirannya Ayah meninggal dunia anak2 ayah perlu ingat dalam perniagaan..yang pertama, anak ayah tidak boleh memungut hutang pada orang lain dan yang ke dua tidak boleh kena cahaya matahari semasa pergi dn balik dari kerja. Dua org adik beradik ini memang patuh dengan wasiat dan pesanan ayahnya...

Ibu;  Setelah sekian lamanya si ayah meninggal dunia..si ibu melihat perkembangan perniagaan anak2nya. si Abang telah berjaya mengembangkan perniagaannya tapi sebaliknya si adik perniagaannya semakin merosot. lalu si ibu menanyakan kpd si adik..."Mengapa perniagaanmu semakin merosot?" Si adik pun menjawab.."Dia mengikut segala wasiat dan pesanan ayahnya". Ayah pesan..jangan mengutip atau memungut hutang pada orang lain...jadi dia biarkan saja orang berhutang dan tidak memungutnya kembali...lepas tu ayah pesan jangan terkena cahaya matahari semasa pergi dan balik kerja...si Adik pun memberitahu ibunya dia terpaksa naik beca atau naik teksi untuk ke tempat kerja kerana takut terkena pancaran matahari..begitu jugak semasa balik........ini semua memerlukan wang yang banyak.

Siibu menanyakan kepada si Abang pula..."Mengapa perniagaanmu semakin maju dan berkembang..." Si Abang pun memberitahu pada ibunya yang dia mengikut segala wasiat dan pesanan ayahnya seperti adik tadi...tapi dalam perniagaannya si Abang tidak membenarkan HUTANG dan perlu membayar secara TUNAI kerana ayah pesan jgn mengutip atau memungut hutang....manakala si Abang pergi ke tempat kerja se awal pagi sebelum matahari naik dan membuka perniagaan seawal pagi ..manakala si Abang akan balik ke rumah selepas matahari terbenam. Ini bermakna si Abang tidak kena pancaran matahari semasa pergi dan balik kerja..

Apa yang leklina faham kita kena bersungguhsungguh dengan kerja kita..dan kita perlu bijak dalam urusan perniagaan termasuk berurusan dengan orang..Jadilah kita sebagai manusia yang berAKAL dan BIJAK..dalam segala hal...

*Gunalah AKAL sebaik mungkin..

Saturday 16 April 2011

Rumahku syurgaku....

Assalammualaikum .... waahhh dah lama leklina tak menulis sesuatu di sini. Bukannya malas tapi idea menulis tak ade..BUNTU seketika..Dah lama sabtu dan ahad leklina dan leklok tdk mempunyai rehat yg cukup..ade jer agendanya...yg nampak atau tersembunyi...

Alhamdulillah 2 hari ni kami bermalas-malasan sungguh..apakan daya TERPAKSA sbb tiap2 minggu kami berdua penat sngt..ambil kesempatan tidur dn mengemas apa yg patut saja...yang selebihnya bergolek bagaikan ikan dugong..hahaha (masak pun tak..)

Dalam menulis ni pun bergaduh dgn si NANA sebab berebut ASTRO..akhirnya mama tetap kalah..(asyik2 Maharajalawak..boring jugak). Rutinlah ptg ni kami nak hantar si kembar balik asrama...

Kadang2 rasa bersalah jugak pd ank2 sbb tdk menjadi ibu yang TERBAIK....jadilah ibu yg suam2 hahahah apa2 tu..entahlah leklinA....LEKLINA nk rehatlah...mmg tak idea nih...salam utk seceria hari ini...nnt leklina menulis dgn idea2 yg berilmiah...






" Rehatkan badan minda itu terapiku...!!



Monday 11 April 2011

Ujian Allah...Sapalah yang tahu...!!

Teman..perlukah leklina berbicara di sini. Memang kepayahan rasa utk berkongsi tapi leklina ingin luahkan rasa kesayuan hati. Bukan mudah untuk mengatakan SABAR..tapi teman kau perlu meningkatkan kesabaran itu.

Leklina hanya pendengar setia ..tapi diriku takkan mampu sekuat hatimu.Allah mengujimu mu sedemikian rupa tapi bait2 kesyukuran yg kau luahkan. TEMAN...dimana kekuatanmu itu. Maafkan leklina berbicara tentangmu di blog leklina tapi akan ku simpan rapi apa yg engkau rahsia...kuatkan AKU...memang leklina boleh ketawa,bergurau tapi leklina tetap menangis bila mengenangkan mu..ku doakn moga2 Allah menidakkan kata2 seseorg yg membuatkan jiwamu berkocak.

Teman...dalam kerianganmu leklina terdengar suara getarmu yang cuba kau tahan...tapi luahkanlah dan jangan di pendamkan itu adalah yg terbaik buatmu. JANGAN BERSEDIH wahai TEMAN. Temanku... JANGAN BERSEDIH selagi dirimu beriman pd ALLAH. Keimanan adalah rahsia kerelaan,ketenangan dan rasa aman.Sebaliknya kebingungan dan kesengsaraan selalu mengiringi kekufuran dan keraguan.

Bangun dan bangkitlah dari rasa kemurungan dan kesedihanmu dan ingatlah sekiranya DIRIMU lemah ianya akan melemahkan kehidupanmu..dimana kecerianmu itu..DIMANA...???
Leklina bangga krn ramai teman2 leklina kuat dan bersemangat waja utk mengharungi hidupnya, walaupun kekadang mereka tewas dlm kekecewaan malah hampir putus asa...tapi ALLAH sygkn mereka dan kembalikan semangat utk meneruskan hidup. Ketahuilah kalian ALLAH mmg syg kamu semua kerana diujinya hidupmu...mengeluh tetapi REDHA..malah terus bersemngt memperjuangkan HIDUP.

Leklina mmg terharu sngt dgn kecekalan kalian semua...YA ALLAH KAU LINDUNGILAH SAHABAT2 KU DN BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA MENGHADAPI APA JUA RINTANGAN..KU MOHON YA ALLAH AMPUN DOSA2 MEREKA JADILAH MEREKA ANAK YG SOLEHAH..IBU METHALI..ISTERI YG TINGGI DARJATNYA...AMINNN YA ROBB...


*Allah menguji setiap insan dgn pelbagai cara..redha dn bertawakkallah..semoga dilindungi dan di rahmati olehNya..