Thursday 13 October 2011

Mawar Putih berguguran..

Hatiku meronta utk menitip sesuatu d sini...perlukah aku meluahkannya..rasa sayu pada naluriku bahawa aku telah kehilangan seseorg yg ku syg di dlm ruang jiwa hatiku. Dari mula aku masuk di dalam keluarga ini aku di layan samarata...adatlah bila kdgkala terhiris dn terluka..tapi aku selalu memaafkan dan di maafkan..kita manusia biasa yg sentiasa melakukan kesalahan.

Masa berganti masa tahun berganti tahun....4 thn lepas DIA telah terlantar sakit menyebabkan tidak dpt bercakap dngnya...sedihhh. ...tapi apakan daya itu semua sudah suratan dan takdir. Berbicara dgn sentuhan dan belaian kdgkala melalui mata...bila gilaran aku dan suami mnjaganya..mmg ade sedikit@ kepayahannya..tapi aku redha...masih aku teingat lagi semasa giliran kami suami isteri mnjaga DIA di kg..suami tepaksa hantar nurse ke bagan datoh( mereka cuti seminggu sekali..) akulah menguruskannya...pada satu ketika DIA batuk berpanjangan menyebabkn tiada ruang waktu utk ku solat...lantas jam menunjukan hampir jam 6 ptg...lalu aku berbisik di telinga .." mak, ina nk solat jamak..ina belom solat lagi...mak rehat dn tido kejap ye" lantas matanya di buka luas..seolah2 memahami kata2 ku...selepas itu mak pun tido lena dan memudahkn aku melakukn solat...terima kasih mak.

Tahun 2010 aku dn suami menunaikn HAJI.. Suamiku berbisik di telinganya utk mmberitahu Pemergian kami..ada aliran airmatanya mengalir lesu..aku mengmbil kesempatan memohon maaf pdnya...rupa2nya DIA menggenggam erat tangan ku seolah2 DIA mendengar semua bisikanku...dan seolah2 DIA mengizinkn kami pergi. Sayu dan hiba sngt semasa meninggalkn tanahair kerana mengenangkn ank2 dan DIA yg terlantar sakit...aku redha pasrah dan tawakkal...

Syawal 2011 adalah syawal yg terakhir kami sekeluarga beraya dgn mak...1 oktober DIA telah menghembuskn nafas yg terakhir tanpa ank2 di sisinya..tak mengapalah itu semua ketentuaannya..redha dgn pemergiaannya. Selama aku hidup hnya 2 kali aku turut serta dlm pemandian jenazah..pertama dulu nenek kesayanganku..dan ke duakalinya ibu mertuaku..

Alhmdulillah jasa terakhirku memandikannya bersama kakak dan adik iparku. Alhamdulillah semuanya di pemudahkn.kami juga turut mengambil peluang solat jenazah berjemaah...sedangkn di Mekah aku mengambil peluang solat jenazah inikan pula keluarga sendiri...alhamdulillah...

DIA adalah IBUMERTUAKU yg sngt ku sayang...sedih hiba sayu mmglah di dlm benak jiwaku...tapi apakan daya..kematiaan itu tdk akan ditangguh walaupun sesaat. Aku tdk pernah menunjukkan kesedihanku di hdpan suamiku...aku nak dia kuat dan tabah menghadapi kehilangan org yg
tersayang... Biarlah aku menangis di sujud terakhir mndoakan utk emak mertuaku.

Kini aku telah tiada ibubapa dn ibu mertuaku..yg tinggal hanyalah bapa mertuaku...ku doakan bapak sehat dan kuat menghadapi segala dugaan hidup ini...buat ibu mertuaku damailah dikau di sana bersama ahli2syurga yg beriman...yaAllah lapangkn kuburnya sinarilah cahaya didlm kuburnya jauhilah dia dari azab kubur..tergolonglah dia dlm org yg solehah masukkanlah dlm syurgamu....al fatihah buat ibu mertuaku HAJJAH TUMINAH BTE HAJI ABDUL JALIL


*Kami sayang dn rindukn emak sampai bila2..

Wednesday 12 October 2011

Sayu..!!

Assalammualaikum...lama sungguh jari jemari tdk menaip sesuatu di sini. Mungkin terpanggil di sebabkan kesayuan hati ini membuah luahan rasa hati...entahlah apa yg ada di dalam benak hatiku...perasaan ku bercampur baur,bergolak melonjak rasa kesedihan menyesakkan ruang hati..ya Allah aku bermohon pdmu kuatkan semangat ku berserta kukuhkan imanku...hidup ku yg tdk tahu panjang dn pendeknya ....atau pun d jalur manakah nafaskukan berhenti..

Bersujud ku pdNya menitis mutiara jernih mengenangkqn diri yg tdk tahu akan penghujungnya..adakah insan yg sudi membelaku hingga ke akhir hayat. Ku mohon... Ya Allah kira ade insan yg sudi menjagaku " berilah dia kekuatan dan kesabaran yg tinggi juga punya keikhlasan di jiwanya"

Mungkin diriku bukan sebaik isteri2 nabi.. Yang penuh lemahlembut dn penyayang..tetapi aku manusia ygpenuh kekhilafan...tidak pandai memujuk rayu malah bukan sebaik2 manusia. Aku rindu pdMu ya Allah...

Sungguh kau menduga dgn pelbagai perkara..kadangkala mengganggu naluriku...terdetik rasa kekesalan d hati tapi aku kena redha setiap perjalanan hidupku yg tersurat dan tersirat ini. Aku bersyukur dlm keributan hatiku kau memberi sedikit ruang untuk melihat kekhilafan diri...hanya engkau yg mengatahui segala2Nya.

Ya Allah ampunkan dosa2ku .. Kau terimalah ibadahku,permudahkan segala urusanku dunia dan akhiratku ..lembutkan lidah ku dgn ayat2 sucimu..terangkanlah hatiku keranaMu..hidup dan mati hanya untukmu ya Allah..kuatkan Imanku...biarlah matiku dalam seorg islam yg beriman .

Jadilah aku seorg insan yg sentiasa d sayangi oleh org lain..hargailah aku semasa nyawa di kandung badan..insyaAllahh ampunkan dosa2ku.

*Mati itu pasti....sayangilah ketika nafas ku di kandung badan..*