Tuesday 2 August 2011

Kau Datang Lagi

Assalammualaikum...berbicara kembali setelah sekian lama menyepi..bukannya menghilangkan diri tapi mencari kelemahan diri. Apakah perlu menyalahkan org lain? Atau perlukah menyalahkan diri sendiri...entahlah... dan terus mencari.

Di bulan yang mulia ini...carilah keredhaannya...mungkin kita punya pengalaman yg pahit dan manis. Di bulan yg mulia ini mudah sungguh hati kita terusik....tanpa di sedari kekadang mengalirlah mutiara jernih di kelopak lesu...di benak hati penuh kesayuan malah dikotak minda penuh kenangan silam.

Perlukah kita merintih dan mengeluh perjalanan hidup...bangun dan bangkitlah kerana pengalaman hidup amat mahal harganya. Rintihlah padaNya kerana kita banyak melakukan kesilapan. Carilah harga diri..semahal manakah harga diri kita padaNya...kadangkala di ujinya kita...tapi sedarkah kita Allah menguji ketabahan dan kesabaran kita kerana kelalaian kita padaNya. Tapi kita tidak menyedarinya malah kita terus lalai dan lalai...alangkah ruginya kita d mataNya.

Anggaplah hidup kita bagaikan "Telur d Hujung Tanduk" semoga kita sentiasa mengingatiNya dgn rasa kesyukuran dan punya ketetapan iman yg jitu. Tapi bukannya mudah sekiranya kita terlalu memudahkan segala. Hidup kita perlulah berlandaskan Al Quran dn sunnah...barula seiring duniawi yg penuh onak dan durinya.

Mengungkap dengan kata2 memang mudah tapi utk melaksanakan tanggungjawab kita pdNya adalah sesuatu yg amat berat sekali. Tetapi sekiranya kita redha dan tawakal akan memudahkan segala keluhkesah kehidupan dn melenyapkan penderitaan

Ramadhan...dtg lagi mengisi ruang2 kosong dlm jiwaku dn dlm diri mereka..tapi segelintir insan saja yg merebut kedatangan Ramadhan. Syukur pdNya kerana masih memanjangkan usia ku uk meniti hari2 dibulan yg penuh kerahmatan dan keberkatan..janganlah Ramadhan ini menjadikan Ramadhan yg terakhir buatku...masih mencari dn mengutip pahala yg terlalu banyak yg kita tidak nampak.

Ramadhan kali ini menjadikan aku bertambah kerdil d sisiNya. Layakkah aku
kesyurgamu..tapi juga tidak mahu melangkah ke nerakamu....takutnya aku pd siksaan api nerakamu....Allah kau berilah aku kesempatan untuk bertaubat padamu...berilah aku kesempatan melihat,merasa,menikmati dan mengutip pahala yg aku sendiri tidak tahu..Ya Allah ampunkanlah dosa2ku ..dari sekecil2 hama dan sebesar2 dunia yg tiada penghujungnya. Kau tetapkan imanku biarlah matiku mati dlm pelukan keimananMu...kau lindungilah keluargaku dari fitnah dunia dan dajal...kau murahkan rezeki kami dgn limpahan kasihsayang...juga limpahan rezeki yang halal.Aminnnnnn...

*Ramadhan kali ini jgn di lepaskn begitu saja....

No comments:

Post a Comment