Tuesday 26 April 2011

Ingat pesan Ayah...

Assalammualaikum....lama menyepikan diri tetiba perasaan ingin menulis sesuatu....bukannya penting sangat pun tetapi ingin berkongsi sesuatu. Itupun sekiranya tidak menjadi keberatan.

Pagi tadi semasa hantar DIYANA ke sekolah AGAMA...tetiba tangan abang lok tertekan RADIO IKIM..pada masa tu ade slot MOTIVASI...bila mendengar dengan teliti memang terasa amat terpanggil untuk menulis di blog leklina.

Diantara isikandungannya antara ayah ibu dan anak.....

Ayah:  Ayah berpesan pada anaknya..sekirannya Ayah meninggal dunia anak2 ayah perlu ingat dalam perniagaan..yang pertama, anak ayah tidak boleh memungut hutang pada orang lain dan yang ke dua tidak boleh kena cahaya matahari semasa pergi dn balik dari kerja. Dua org adik beradik ini memang patuh dengan wasiat dan pesanan ayahnya...

Ibu;  Setelah sekian lamanya si ayah meninggal dunia..si ibu melihat perkembangan perniagaan anak2nya. si Abang telah berjaya mengembangkan perniagaannya tapi sebaliknya si adik perniagaannya semakin merosot. lalu si ibu menanyakan kpd si adik..."Mengapa perniagaanmu semakin merosot?" Si adik pun menjawab.."Dia mengikut segala wasiat dan pesanan ayahnya". Ayah pesan..jangan mengutip atau memungut hutang pada orang lain...jadi dia biarkan saja orang berhutang dan tidak memungutnya kembali...lepas tu ayah pesan jangan terkena cahaya matahari semasa pergi dan balik kerja...si Adik pun memberitahu ibunya dia terpaksa naik beca atau naik teksi untuk ke tempat kerja kerana takut terkena pancaran matahari..begitu jugak semasa balik........ini semua memerlukan wang yang banyak.

Siibu menanyakan kepada si Abang pula..."Mengapa perniagaanmu semakin maju dan berkembang..." Si Abang pun memberitahu pada ibunya yang dia mengikut segala wasiat dan pesanan ayahnya seperti adik tadi...tapi dalam perniagaannya si Abang tidak membenarkan HUTANG dan perlu membayar secara TUNAI kerana ayah pesan jgn mengutip atau memungut hutang....manakala si Abang pergi ke tempat kerja se awal pagi sebelum matahari naik dan membuka perniagaan seawal pagi ..manakala si Abang akan balik ke rumah selepas matahari terbenam. Ini bermakna si Abang tidak kena pancaran matahari semasa pergi dan balik kerja..

Apa yang leklina faham kita kena bersungguhsungguh dengan kerja kita..dan kita perlu bijak dalam urusan perniagaan termasuk berurusan dengan orang..Jadilah kita sebagai manusia yang berAKAL dan BIJAK..dalam segala hal...

*Gunalah AKAL sebaik mungkin..

No comments:

Post a Comment