Wednesday, 8 June 2011

semangat....

Assalammualaikum...
Lamanya tidak berbicara sendirian di pentas blog ini...terasa janggal pulak. Apa yg terfikir didlm kotak fikiran ini hanyalah kepenatan...tak taulah apa yang leklina buat hari ini...asyik mengukur jalan adalah..bahagia..( gediknya....)!!

Minggu lepas memang memenatkan...kerana cuti2 Malaysia...ini hanya utk meraikn ank2 yg bercuti, pd mereka yg ade kuliah maafkan kami...leklina tak tau mengapa leklina penat..mungkin kesihatan kurang memuaskan kot...nmpak sehatkan...PENAMBAHAN BERAT BADAN yg ketara...jogging dah lama leklina tinggalkn.... Gym pulak dah berhenti...( hehehe sbb2 tertentu..dusshh kena penumbuk sebijik..)Sekarang semangat luntur...entah mengapa!!!!jgn salahkan org lain tapi salahkan diri sendiri..WAKE UP lah leklina (ckp omputih pulak...issh bukan pndai bebeno..)

Nak baju baru kena kuruskan badan....waaaa alamatnya....kirimsalam laaaa.Leklina..... bnyk mulut ckp ko kan ..mcm2 bunyi...tak per itu semua irama Dan lagu...tapi bila di fikir2kan kesian kt encik husband..leklina udah ler berangan nk kurus...bersyukur jer...tapiiiiii!!!

Janji Allah berikn kesihatan yg baik utk leklina...walaupun kekadang tu nafas ade semput sikit...doakan leklina sht selalu....ok sessi luahan perasaan dah tamat, Sekarang ade sesuatu yg belum beres....bye ...

Saturday, 14 May 2011

Sabtu yang indah keranaMu..

Assalammualaikum pada sapa2 yang sudi membaca tulisanku ini. Bersyukur kerana Allah memberikan kesihatan yg amat memuaskn kerana leklina masih bernyawa lagi..

Hari sabtu yang memenatkan...kenapa leklina berkata begitu...jam 9 pagi leklina telah berada d Masjid Al Husna untuk kelas Pengajian Tajwid dan berakhir se awal jam 10.30 pagi kerana Muslimat akan terus ke rumah sahabat kami kerana menghadiri untuk Majlis bacaan yassin dan doa selamat sempena permergian sahabat kami Fauziah bersama suami dan ibunya . Terima kasih menjemput kami..semoga perjalanan sahabatku Fauziah dan keluarganya d permudahkan. Berkongsi ilmu dn pengalaman d Tanah Suci bersama nya..membuatkan leklina terlambat sampai ke rumah.

Lebihkurang pukul 2ptg leklina sampai d rumah...selepas menunaikan kewajipan diri leklina merehatkan badan sebentar. Perasaan berbelah bagi kerana akan ke Masjid jam 3 petang...ya Allah kalau kau izinkan permudahkanlah.....leklina berniat di dalam hati sebelum terlelap bersama telekung..sememangnya niat yang suci telah d makbulkan olehNya, tepat jam 3.15 petang leklina tetiba terjaga..lantas bersiap2 ala kadar utk menghadiri kelas Tafsir Al quran....kelas baru dan pengisian yg baru...alhamdulillah kelas berjalan dgn lancar dan di permudahkan.

Tapi apa yg leklina amati pd kedua2 kelas pengajian ini, kita kenalah jujur pada diri,perlu menerima teguran..semoga hati2 umat Muhammad ini bersatu meningkatkan umah..bersatu utk kebenaran dan bersatu berpegang kepada tali ALLAH...di sini leklina telah dapat kesimpulan nya..ya Allah terima kasih kau menggerakan hatiku utk ke Majlis ilmu.

Bila balik ke rumah hanya ada 2 anak kembar dan yang bongsu manakala Nad masih d Melaka kerana Pementasan Serabainya..(katanya malam ni TYT Melaka akan menghadirkan diri di Dataran Sg Rambai)...sementara itu suamiku bersama anak2 bujang balik Perak utk menjaga ibu /embah yg sakit d kg(mengikut giliran) walaupun macam2 ada ttg ank bujangku itu tetapi mereka pergi juga kerana perasaan tanggungjawab. Terimakasih ye anak2ku Fayaddh Helmy dan Farris Helmy..(sementara belum masuk semesta lagi..)

Leklina rasa cukuplah nukilan perasaan kali ni..penat tau...rasanya mcm nak santai bersama anak daraku..apa2 pun yang kita lakukan semuanya telah di tentukan olehNya..kita sebagai hambanya menerima dan melakukan segalanya dgn sejujur jujurnya dan penuh kesyukuran...

*Hamba yang jahil memerlukan ilmu dan kesedaran..!!

Saturday, 7 May 2011

Dalam Pahit ade Manis..

Assalammualaikum....musim cuti sekolah akan bermula lagi....masa yg terluang inilah akan di penuhi aturcara kekeluargaan malah termasuk di dalm agenda kalendar iaitu majlis perkahwina. Terkenang semasa anak2 masa kecil dan di sekolah rendah..kami akan pergi melancong di dalam negeri sahaja..kerana kemampuan yang terhad.

Kini ank2 telah meningkat remaja..kami masih belum mampu membawa anak2 ke tempat lebih jauh..tapi kami bersyukur kerana pepatah pernah berbicara MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI....walaupun kekadang ku teringin terbang di awan biru...

Tapi itu bukan matlamatnya..yang penting anak2 berjaya di dalam pelajaran kehidupan yg mendatang...masih jauh perjalanan anak2 ini..sempatkah AKU...ya Allah kau berilah kekuatan di dalam jiwa anak2 ku utk menempuh rintangan dan cabaran hidup. Ya Allah kau berilah aku ruang hidup yang lama dan limpahi kesihatan yg amat baik semoga dapat ku melihat anak2 ku berjaya  dalam kehidupan sehariannya dunia akhirat.

Dalam sanubariku aku amat takut dengan DUNIA yg di cipta ini...hati menangis, marah,malahan ketakutan memenuhi ruang jiwaku. Aku seorang ibu yang tidak sempurna malahan aku juga bukan sahabat yg indah sepanjang masa...aku insan kerdil yang hanya mampu merintih dan berdoa utk menjadi yang terbaik antara yang terbaik..MAMPUKAH aku..bukan mudah untuk memuaskan semua orang termasuk adikberadik,keluarga,teman2 rapat malah rakan yang hanya di kenali sebagai pendamping masa...tapi ,,,,,!!!!

Tapi aku tidak akan menyalahkan sesiapa sekiranya apa yg ku ingini tidak terlaksana kerana kita ini manusia yang hanya merancang tapi ketentuannya dari ALLAH yang maha esa..Terimakasih suamiku MOHD LOKMAN HAMIDI kerana sudi memperisterikan aku yang tak punya apa2..tapi kerana DIA aku bahagia bersamanya walaupun kekadang GELORA HEBAT melanda tapi sekiranya tak berkocak itu bukannya PERKAHWINAN.

Ya Allah ..aku mengharap semuga kecerahan langit tidak di selaputi mendung sepanjang masa. Jadilah aku seorg IBU,ISTERI, ADIK atau KAKAK yang boleh kau lihat dengan mata hati..bukannya melihat dengan mata kasar...kekadang tu terasa diri di PINGGIRkan tapi hakikatnya TIDAK..kerana MASIH ADA YANG SAYANG PADAKU..

* Masih Ada Yang Sayang..

Saturday, 30 April 2011

Bukan kerana TERPAKSA!!!

Solat adalah TIANG AGAMA...solatlah kita kerana ALLAH dan solat itu bukan TERPAKSA. Bukan mudah mendidik anak2 atau sesiapa untuk bersolat kerana bagi mereka solat atau tidak bukannya orang lain nampak...tapi ALLAH yang nampak.

Setengah ibubapa mudah sangat menggerakkan anak2 mereka tetapi setengah anak2 LIATnya...malah ade yang tipu konon2 makbapak tak tahu. Leklina akan menggerakkan mereka dengan irama dan lagulah..hihihihi kekadang tu pagi2 riuh rendah...janji anak2ku solat kalau tak solat tanggunglah DOSA tu sendiri tetapi leklina akan pastikan mereka solat.

Untuk menjadi baik bukan mudah dan menjadi TERBAik lagilahhhh...tapi leklina tetap mendoakan pada anak2 semoga anak2 leklina dan mereka2 yang d luar sana tidaklah ambil mudah tentang solat. Solat juga merupakan amalan yang pertama akan di soalnya selepas kita mati. Bagaimanakah kita di alam sana sekiranya solat kita ala kadar aje atau tidak bersolat langsung....marilah kita fikirkan sama2 ye. Mati dan hidup kita di tentukan olehNya..bila2 masa kita akan di panggil menghadapNya.

Solatlah kita dengan sempurna bacaannya,sempurna dengan wuduknya...sempurna juga dengan tomatninahnya(maafkan leklina sekiranya tersalah eja). Belajarlah kita tentang solat yang khusyuk...kita sememangnya bukan sempurna tetapi menjadilah manusia yang baik di antara yang TERBAIK...insyAllah.

Sekira ada waktu terluang bersolat Jemaah kita bersama keluarga untuk menambah kasihsayang kita sekeluarga..dan tidak secara langsung dapat mendidik anak2 kita menjadi IMAM yang sesempurna mungkin...perlahan-lahan mengayoh untuk menuju ke matlamat. Leklina tetap mendoakan pada anak2 leklina dan anak2 yg di luar sana ..belajarlah sebaik mungkin tentang SOLAT..sekiranya masih ragu2 carilah ustaz  dan jangan malu untuk belajar. Jangan malu pada ilmu kerana kita akan rugi sekiranya kita sombong pada ilmu. 

*Solatlah anda sebelum anda di solatkan...

Tuesday, 26 April 2011

Ingat pesan Ayah...

Assalammualaikum....lama menyepikan diri tetiba perasaan ingin menulis sesuatu....bukannya penting sangat pun tetapi ingin berkongsi sesuatu. Itupun sekiranya tidak menjadi keberatan.

Pagi tadi semasa hantar DIYANA ke sekolah AGAMA...tetiba tangan abang lok tertekan RADIO IKIM..pada masa tu ade slot MOTIVASI...bila mendengar dengan teliti memang terasa amat terpanggil untuk menulis di blog leklina.

Diantara isikandungannya antara ayah ibu dan anak.....

Ayah:  Ayah berpesan pada anaknya..sekirannya Ayah meninggal dunia anak2 ayah perlu ingat dalam perniagaan..yang pertama, anak ayah tidak boleh memungut hutang pada orang lain dan yang ke dua tidak boleh kena cahaya matahari semasa pergi dn balik dari kerja. Dua org adik beradik ini memang patuh dengan wasiat dan pesanan ayahnya...

Ibu;  Setelah sekian lamanya si ayah meninggal dunia..si ibu melihat perkembangan perniagaan anak2nya. si Abang telah berjaya mengembangkan perniagaannya tapi sebaliknya si adik perniagaannya semakin merosot. lalu si ibu menanyakan kpd si adik..."Mengapa perniagaanmu semakin merosot?" Si adik pun menjawab.."Dia mengikut segala wasiat dan pesanan ayahnya". Ayah pesan..jangan mengutip atau memungut hutang pada orang lain...jadi dia biarkan saja orang berhutang dan tidak memungutnya kembali...lepas tu ayah pesan jangan terkena cahaya matahari semasa pergi dan balik kerja...si Adik pun memberitahu ibunya dia terpaksa naik beca atau naik teksi untuk ke tempat kerja kerana takut terkena pancaran matahari..begitu jugak semasa balik........ini semua memerlukan wang yang banyak.

Siibu menanyakan kepada si Abang pula..."Mengapa perniagaanmu semakin maju dan berkembang..." Si Abang pun memberitahu pada ibunya yang dia mengikut segala wasiat dan pesanan ayahnya seperti adik tadi...tapi dalam perniagaannya si Abang tidak membenarkan HUTANG dan perlu membayar secara TUNAI kerana ayah pesan jgn mengutip atau memungut hutang....manakala si Abang pergi ke tempat kerja se awal pagi sebelum matahari naik dan membuka perniagaan seawal pagi ..manakala si Abang akan balik ke rumah selepas matahari terbenam. Ini bermakna si Abang tidak kena pancaran matahari semasa pergi dan balik kerja..

Apa yang leklina faham kita kena bersungguhsungguh dengan kerja kita..dan kita perlu bijak dalam urusan perniagaan termasuk berurusan dengan orang..Jadilah kita sebagai manusia yang berAKAL dan BIJAK..dalam segala hal...

*Gunalah AKAL sebaik mungkin..

Saturday, 16 April 2011

Rumahku syurgaku....

Assalammualaikum .... waahhh dah lama leklina tak menulis sesuatu di sini. Bukannya malas tapi idea menulis tak ade..BUNTU seketika..Dah lama sabtu dan ahad leklina dan leklok tdk mempunyai rehat yg cukup..ade jer agendanya...yg nampak atau tersembunyi...

Alhamdulillah 2 hari ni kami bermalas-malasan sungguh..apakan daya TERPAKSA sbb tiap2 minggu kami berdua penat sngt..ambil kesempatan tidur dn mengemas apa yg patut saja...yang selebihnya bergolek bagaikan ikan dugong..hahaha (masak pun tak..)

Dalam menulis ni pun bergaduh dgn si NANA sebab berebut ASTRO..akhirnya mama tetap kalah..(asyik2 Maharajalawak..boring jugak). Rutinlah ptg ni kami nak hantar si kembar balik asrama...

Kadang2 rasa bersalah jugak pd ank2 sbb tdk menjadi ibu yang TERBAIK....jadilah ibu yg suam2 hahahah apa2 tu..entahlah leklinA....LEKLINA nk rehatlah...mmg tak idea nih...salam utk seceria hari ini...nnt leklina menulis dgn idea2 yg berilmiah...






" Rehatkan badan minda itu terapiku...!!



Monday, 11 April 2011

Ujian Allah...Sapalah yang tahu...!!

Teman..perlukah leklina berbicara di sini. Memang kepayahan rasa utk berkongsi tapi leklina ingin luahkan rasa kesayuan hati. Bukan mudah untuk mengatakan SABAR..tapi teman kau perlu meningkatkan kesabaran itu.

Leklina hanya pendengar setia ..tapi diriku takkan mampu sekuat hatimu.Allah mengujimu mu sedemikian rupa tapi bait2 kesyukuran yg kau luahkan. TEMAN...dimana kekuatanmu itu. Maafkan leklina berbicara tentangmu di blog leklina tapi akan ku simpan rapi apa yg engkau rahsia...kuatkan AKU...memang leklina boleh ketawa,bergurau tapi leklina tetap menangis bila mengenangkan mu..ku doakn moga2 Allah menidakkan kata2 seseorg yg membuatkan jiwamu berkocak.

Teman...dalam kerianganmu leklina terdengar suara getarmu yang cuba kau tahan...tapi luahkanlah dan jangan di pendamkan itu adalah yg terbaik buatmu. JANGAN BERSEDIH wahai TEMAN. Temanku... JANGAN BERSEDIH selagi dirimu beriman pd ALLAH. Keimanan adalah rahsia kerelaan,ketenangan dan rasa aman.Sebaliknya kebingungan dan kesengsaraan selalu mengiringi kekufuran dan keraguan.

Bangun dan bangkitlah dari rasa kemurungan dan kesedihanmu dan ingatlah sekiranya DIRIMU lemah ianya akan melemahkan kehidupanmu..dimana kecerianmu itu..DIMANA...???
Leklina bangga krn ramai teman2 leklina kuat dan bersemangat waja utk mengharungi hidupnya, walaupun kekadang mereka tewas dlm kekecewaan malah hampir putus asa...tapi ALLAH sygkn mereka dan kembalikan semangat utk meneruskan hidup. Ketahuilah kalian ALLAH mmg syg kamu semua kerana diujinya hidupmu...mengeluh tetapi REDHA..malah terus bersemngt memperjuangkan HIDUP.

Leklina mmg terharu sngt dgn kecekalan kalian semua...YA ALLAH KAU LINDUNGILAH SAHABAT2 KU DN BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA MENGHADAPI APA JUA RINTANGAN..KU MOHON YA ALLAH AMPUN DOSA2 MEREKA JADILAH MEREKA ANAK YG SOLEHAH..IBU METHALI..ISTERI YG TINGGI DARJATNYA...AMINNN YA ROBB...


*Allah menguji setiap insan dgn pelbagai cara..redha dn bertawakkallah..semoga dilindungi dan di rahmati olehNya..